Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Tuesday, February 22, 2011

UiTM

Few moments yang tinggal sekarang macam sejuta debu yang dulunya memutih di langit biru, menyesakkan jiwa..namun, makin lama debu yang mengganggu pernafasan manusia, bagi orang sakit, batuk, selesema dan sebagainya tu slowly hilang and dissappeared dibawa terangnya matahari dan sejuknya angin segar yang membuai lembut.

Itu yang aku rasa sekarang.

Dulu, aku berkeras, bumi UiTm akan aku pijak dan tinggalkan tanpa sebarang rasa yang berbekas di hati, tanpa sebarang rindu dan kasih. Tapi kini, bumi yang aku janji akan tinggalkan dengan hati tanpa goresan perasaan, membuahkan sebak menggunung. Meninggalkan bumi ilmu ini yang aku yakin aku tidak akan kembali lagi tambah membuatkan hati aku terluka dan terluka. AMAT TERLUKA.

Aku cuba berlagak normal. Berlagak seolah-olah aku manusia cekal. Cis.

Lagak itu di luar sahaja. Dalamnya ada rekahan jiwa yang terseksa kerana bumi pertama yang dirasakannya sangat banyak mengajar erti ilmu, sahabat, kasih dan sayang itu akan ditinggalkan. Haluan seterusnya yang akan aku tuju masih tidak kelihatan di depan mata. Cuma, di sudut hati kecil ini, aku berharap agar aku selamanya akan terus mampu memperoleh pengalaman sebaik ini di tempat lain.

Tempoh singkat ini membuatkan aku tambah gusar. Bakal meninggalkan bumi UiTm ini dalam tempoh sebulan tambah menyebakkan rasa di dada. Memori, jalan-jalan dan pengalaman yang ada di sini membuatkan aku tambah berat hati untuk pergi.

Sesungguhnya, tempoh sebulan ini akan kumanfaatkan untuk menghargai semua yang ada kerana tempoh ini sahaja yang aku miliki untuk terus berada di sini.

:'(

Saturday, February 19, 2011

bulan cinta..oh indahnya

weh..

apa korang rasa kalau orang kata macam ni dekat korang..

"Aku nak lamar kau nih. Jadilah girlfriend aku"

Huhu..^_^

Gentleman sih. Bagi aku la..I am just the kind of girl yang suka straight forward..takde pusing-pusing. So, kalau orang tu kata dia suka ke apa ke, kalau dia macam hide hide, wat malu malu kucing..serius!aku tak boleh baca hati dia..Tapi, kalau orang tu cakap terus terang, aku lebih senang macam tu..

Well...aku rasa sekarang bulan hati aku mula terbukak untuk terima orang baru lah weh..For serious, dah lama aku tak rasa macam nih. I mean..dah lama aku tak rasa jiwa aku boleh terima orang lain. Cumanya, this time, if Allah takdirkan hati aku terbukak gak, I wish, aku tak kuciwa like before.

Emm..but still, deep inside my mind, I am not ready for this. Bila dah namanya tak sedia, kau fahamlah..To make me ready and say, "I'll accept you" or "Yes, I do"..berkurunlah.

Sebab tu..bila orang kata, "I fall in love with you"..aku selalu tanya, "Alasan?"..Aku tak percaya orang jatuh cinta, takde alasan. I wanna hear, clear and real...reasons for him to say all those things. Just wanna know or else aku macam.."Ok. Whatever".

Entahla..aku for serious tak pernah rasa betol betol aku suka..Semua macam hadoo je kan..Cuma, I've got two best friends. Yang betol betol aku sayang. Dua dua ni tak tau diorang dua dua best friends aku sebab masing-masing tak tahu kewujudan masing-masing dalam hidup aku. To mr berdua tu, aku sayang korang dua. Aku selalu risaukan korang. Aku dah rasa macam aku nih adik korang. Whenever I need you by my side, you will always be there for me..Korang dua selalu bagi aku risau. Taula ada lesen, tapi bawak ati ati tau weh...For serious, aku tanak dengar apa-apa jadik kat korang..Jangan degil!

Thanks again for being such lovely dovey happy moppy friends....:p

Kadang-kadang, aku terfikir, I wanna stay as friend with both of you, forever..to be truth..Tapi, aku percaya, one day, korang akan ada couple (even now pun dah ada couple an??:p), aku pun akan ada couple or maybe hubby aku sendirik and we will triple, bawak haluan hidup masing-masing..

Cuma, for this few moments..aku nak hargai kehadiran korang dua dalam hidup aku.Thanks for being such nice and lovely friends. Aku takkan lupakan korang.

:)

Thursday, February 3, 2011

cita cita mak cik.

Aku rasa bila aku dah sampai ke umur macam ni, dah tiba masa untuk aku berfikir secara matang. Aku tak faham. tak faham dan tak faham kenapa bila aku kata yang aku dah besar, aku tahu apa yang aku buat dan aku hendak belajar berdikari, manusia sekeliling aku seolah-olah menghalang aku untuk buat apa yang aku nak buat tu. Seolah-olah, aku masih budak kecil yang dilarang itu ini.

-.-

Serabut bila fikir fikir balik.

Antara yang orang persoalkan, apa yang aku nak jadi in the future?

Aku dah cakap tadi, aku memang tak yakin pada diri aku sendiri. Aku tak yakin aku mampu menjadi pemegang ijazah undang-undang. Aku tak yakin aku mampu menjadi seorang pendakwa raya. Aku tak yakin aku mampu ke Korea.

Ya. Itulah cita-cita yang ada dalam benak fikiran aku.

Aku mula bertekad melaksanakan semua ni bukanlah secara serentak. Masa kecik kecik dulu aku memang pernah berangan nak jadi lawyer. Ecece...konon-kononnya nak jadi pembela keluargalah sebab aku tak suka orang merendah-rendahkan status keluarga aku. Bila aku kata dekat mak aku, "Mak, adik nak jadi lawyerlah besar nanti".Korang tau tak mak aku kata apa?

"Tak payahlah. Kerja lawyer bahaya."

Haha..Mula mula aku berkeras gak, tapi lama-lama, hilang macam tu je harapan dengan cita-cita nak jadi lawyer tu. Lenyap. Tak pernah terfikir pun. Apa yang selalu ada dalam otak aku, kalau nak jadi lawyer,kena belajar sekolah asrama penuh, kena dapat straight A's, barulah boleh berangan nak wat law. Ceh. Dah memang sah sah aku tak layak, ya tak?Jadi,tamat mimpi aku dekat situ.

Then, macam na boleh datang idea nak wat law nih?Haha..Serius lawak. Aku nama je student yang amik sains tapi takde pandai mana pun. Jadi, aku pun terpaksalah melayan subjek lain selain subjek sains nih, so aku amiklah akaun,ekonomi apa semua tu. Nak cover lah konon-kononnya, yalah..manalah tau kalau kalau aku fail dengan seteruk-teruknya subjek sains aku nanti. Well, masa aku tingkatan 4 sampailah ke tingkatan 5, memang aku tak pernah terfikir nak jadi lawyer. Tak tahu pun sebenarnya jalan hidup aku macam mana. So, aku belajar tanpa ada sebarang cita-cita. Kosong.

After that, lepas dah dapat result, baru terfikir masa tu, "Kau nak apply apa mak cik?"
Serius!Masa ni baru aku fikir nak minta apa. Sebab aku tak nak wat Medic, and kalau aku minta mana-mana subjek math, aku still kena wat sains and masa tu pulak, ada konflik antara orang yang nak aku wat sains dan orang yang nak aku wat akaun. therefore, aku amik jalan tengah, LAW.

Masa datang sini, aku zero knowledge. Rasa macam tak pijak tanah je masa tu. Aku rasa macam bodoh gila. Serius cakap. Lama-lama, aku belajar. Aku cuba hidup dengan berdiri atas kaki sendiri. Alhamdulillah. Itulah yang aku buat sampai sekarang walaupun setiap detik, tak semuanya indah. Antara semua kerjaya dalam bidang undang-undang, aku pilih PENDAKWA RAYA. Aku tak rasa aku mata duitan kalau aku pilih kerjaya ni. Aku tak rasa pun gaji pendakwa raya tu banyak. Cumanya, pada aku, kalau aku jadi pendakwa raya, aku lebih yakin yang aku sedang membela orang. Itu yang pasti. Aku hendak memberi keadilan tanpa aku rasa takut aku buat silap dalam meletakkan pertuduhan dan hukuman terhadap mereka. Tapi, who knows.Aku hanya merancang, Allah yang tentukan.

And, there are reasons kenapa aku nak sangat jadi Pendakwa Raya nih. Semuanya gara-gara cerita Prosecutor Princess yang aku tengok. Aku rasa seronok gila. Bukan sebab hero dia hensem, tapi sebab aku rasa macam kerja ni mulia sangat. Aku ingin menjadi pembela perkara.

Kedua, cita-cita aku pasal nak pergi Korea tu. Weh, aku dah besar dan aku boleh fikir sendiri. Yes. For sure, aku tak main-main. Bila aku kata, aku nak pergi Korea. Semua orang gelakkan aku. Kata aku tak matanglah, tak fikir panjanglah. Aku bukan dilahirkan tanpa otak. I got my brain. I can think. Aku tahu apa aku buat. Takde siapa pun dari kalangan orang-orang yang aku kenal, serapat mana dengan aku, tahu the reason why aku nak gi sana. Kawan baik aku sendiri kata, janganlah yakin sangat mampu ke sana. Emm..korang tahu apa aku jawab?

"Aku memang nak pergi sana. Kalau korang rasa korang nak main-main, aku tak. I am serious. I'm gonna go there, work there and live at that country. Aku janji dekat diri aku. I'll do that.I'll make sure. Berapa tahun pun it takes for me to get there, I'll strive my best. I'll"

And, until now, I'm doing my very best. Berapa banyak nista pun kau tabur, aku rasa macam biasa je. Reason? Sebab, aku yakin, I'll go there,.

p/s:Doakan aku.

Kadang-kadang aku rasa nak menyerah kalah.

Betol.

Kadang-kadang, aku rasa macam betol betol nak menyerah kalah. Aku rasa aku tak kuat nak berdepan dengan semua rintangan yang ada di depan mata aku. Berkali-kali aku rasa hendak sangat sangat menyerah kalah, dan setiap kali itu jugalah, aku akan bermuhasabah diri dengan secepat mungkin. Aku mungkin orang yang boleh keluarkan kesedihan sepantas kilat dari dalam diri ini. Aku mungkin orang yang boleh menepis semua tangisan sepantas mungkin dari membasahi pipi ini. Tetapi, aku bukan manusia yang dilahirkan dengan kemampuan berkata, "Saya BOLEH". Aku seorang manusia yang sangat lemah. Rendah keyakinan diri. Dari kecil sehingga aku besar, aku tidak pernah yakin pada diri sendiri. Apa yang aku miliki dan apa yang aku kecapi sekarang bukanlah hasil dari keyakinan diri tetapi semuanya kerana prinsip aku sendiri.

Aku memang rendah keyakinan diri tetapi aku punya prinsip. Alhamdulillah..prinsip itulah yang telah menjadikan diri aku, AKU. Orang selalu kata aku mudah sentap atau dalam erti kata lain, aku mudah terasa. Setiap kali juga, apabila kata-kata ini menerjah deria pendengaranku, aku jadi marah. Kadang-kadang, aku mampu menyembunyikan kelukaan atas kata-kata itu tetapi acap kali, aku tidak mampu.

Kalian,
Aku bukan manusia yang mudah sentap. Aku bukan manusia yang mudah terasa. Cuma, aku cepat bereaksi. Aku bereaksi seperti ada alarm yang 24 jam bersedia untuk berdenting tatkala kata-kata yang mengotori prinsip aku, bertandang ke telinga.

Kalian,
Bolehkah kalian terima kata-kata seperti,

"Weh..sejak duduk KL nih,makin lupa daratan no.Cakap KL segala bagai."
"Weh..mentang-mentang dah duduk KL, tak nak balik Penang dah."

Aku tidak pernah menyalahkan takdir kerana menempatkan aku di sini. Aku tidak pernah menyalahkan takdir kerana menentukan aku dengan tempat ini. Aku terima seadanya apa yang Dia bagi kerana aku yakin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Tetapi, aku berhati manusia. Aku mudah dan sangat mudah tersentuh, terasa, tersentap apabila kalian membicarakan soal prinsip aku. Di mana saja aku berada, aku tak mungkin lupa tanah air sendiri. Aku tak mungkin meninggalkan bahasa aku, budaya aku, adat resam dan kehidupan aku. Aku adalah aku. Aku tak mungkin menjadi seperti orang lain. Aku tak mungkin menukar prinsip aku.

Kalian,
Kalian berkata seolah-olah aku tidak punya hati dan jiwa. Kalian hancurkan kepercayaan aku dan kekuatan aku yang aku beri pada kalian dengan kata-kata begini. Aku kecewa. Jiwa aku tersentap dengan bicara kalian.

Kalian,
Aku punya agama.Kalian punya agama. Kita punya kepercayaan. Kita percaya pada ketentuan.Janganlah kalian melemparkan kata-kata yang sebegitu lagi. Seperti aku katakan tadi, aku memang tidak punya keyakinan diri yang tinggi tetapi aku berprinsip dan aku percaya, antara prinsip dan keyakinan diri, prinsip punya harga yag lebih mahal.

Aku bisa bertukar dari yang diam kepada yang siaga andai kalian masih terus-terusan menghina aku.

Tiada salahnya aku menjadi seperti aku. Aku adalah aku. Kalian tidak boleh minta aku menjadi seperti kalian kerana aku adalah aku.

Maafkan aku andai apa yang aku tulis menghiris hati kalian tetapi jiwa aku hancur atas kata-kata kalian.

:'(

p/s:Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak bahasa...

Tuesday, February 1, 2011

Pulau tak BERTUAN??

A few days nih, I tend to update my blog status. Haha (Aku tengah guling-guling gelak nih sebab tak tahan tengok cita Prosecutor Princess)..^_^

Aku update blog nih sebab tanak angan-angan taik ayam macam before this. Nama je wat blog then blog tue dah jadi macam pulau tak bertuan. Semak samun segala bagai. Kesian aku tengok. Tambah hebat lagik, aku ni manusia yang keja dia bertangguh-tangguh. Bila aku rasa tak dela compulsory sangat tuk update my blog, aku biarkan je bersamun semua. In the end, tutup terus. Itulah aku.

That's why this time kena rajin sikit.Tak nak blog nih jadi pulau tak bertuan lagik.

Doakan ya..
:)

Monday, January 31, 2011

Bila manusia guna mulut sebelum akal.

YES.

Akhirnya terkeluar jugak topik nih. Aku bukan apa, takde masa aku nak protes atau tetiba dengan bangganya berdiri dan berkata, "Saya si bijak pandai itu. Maka, bersetujulah kalian dengan saya". Whatever. I don't care.

Apa yang aku nak cakap this time, this moment, is very very important. I don't care orang baca ke tak, orang amik port ke tak, or even orang menyampah ke tak, I don't care as aku percaya, I am not a writer yang orang boleh pijak pijak or I am not a person yang can easily be persuaded by things or issues that me, myself think it is important.

Maksud aku, kalau orang nak persuade aku by saying, "Sha, this ice cream is great. Sedap gila. Kau kena cuba" or "Sha, cita nih best gila. Sedap.Kau kena tengok". That things, it's alright. It was just a simple thing in life that I can choose to be persuaded by it or not.  It was just normal. The thing yang aku nak cakap adalah berkaitan prinsip. Aku maybe on the outer side, adalah manusia tahap beruk yang nampak lemah macam siput sedut. I do agree, in some sort of things, I am. Tapi, I do have my own stand.

When I'm saying this, I'm serious. There is no main-main. When I'm doing something, I'm serious and there's no main-main. As aku adalah manusia yang duduk di kampung tetapi di sekeliling aku, adalah manusia yang hidup mereka,asam garam kehidupan mereka adalah nilai-nilai berharga which means that, even aku duduk di kampung, I knew almost everything regarding apa yang jadi dekat dunia ni. What happened in government conduct? Society. The rights. People's hope. The reason why we should, I mean, the government done this and this, I know.

I was just, I love to shut my mouth as I only know but I don't understand or I don't have further information on it. So,aku rasa macam, aku memang tak tahu or aku cuma tahu sikit, so tak payahlah bukak mulut as aku rasa macam isu ni kan sensitif doe. Macam tulah kan. I kan siput sedut as I said earlier.

Cuma,  I'm serious as I'm seeing right now, most of the people tend to forget what they should remember. Mereka menjadi terlalu bijak di mana tanggungjawab as a citizen yang tergalas dekat bahu diorang, to respect the government yang bagi sumber makan minum dekat diorang, elaun segala macam, diorang buat main-main. I mean, diorang rasa, I am too hebat to decide on my own. You are using our money. You are manipulating us. And many more.

I hate to say this, but it was stupid.

Bila kau menyalahkan orang and kau ingat kau hebat sangat, it is bad. Jangan lupa, suatu hari nanti, orang yang kau maki-maki tu, bila kau susah, akan tolong kau balik.

Stop blaming others. Before you look dekat kesalahan orang, kaji kelemahan diri sendiri. Keadaan sekarang macam kau nak tutup lubang yang dah ternganga dan tak boleh ditutup. Kelemahan kau jelas. Kekurangan kau jelas. Tapi, kau masih nak menyalahkan orang. Post mortem diri sendiri dulu beb. Lihat diri sendiri dulu.

Again ladies and gentlemen, berfikirlah.

Stop blaming others. Stop buat-buat pandai. Stop buat macam kau hebat. Stop and STOP!

FIKIR elok-elok and fikirlah.

Aku malas nak kata apa. Cuma, apa yang penting, sebelum kau percaya apa orang kata, better kau investigate that thing. Kau siasat, kau kaji dulu, jangan main percayaaaaaa je..

Nanti kau rugi. Believe me.

:)

p/s: Panas hati bila manusia guna mulut banyak sangat. Tahukah mulut menyebabkan banyak hati terluka?:)

jangan CURANG!

Aku percaya pada satu kata pepatah, "What goes around comes around".

What does that mean?

To me, in life, if you don't want something to happen to you, I mean, the bad thing, so, avoid doing bad thing to others as I do believe, if you do something, with the intention to create chaos or even with slightest hope that by doing so, you can actually hurt the other side/part, those things will actually come back to you.

Dalam hidup ni, kalau kita buat jahat,kita akan dapat balik and kalau kita buat baik, kita akan dapat baik.

Sesetengah orang, pemikiran diorang singkat. I mean, they do not learn from mistake. They kept making the silly mistakes again and again until bila benda tu dah jadi asam garam dalam hidup diorang, people around them rasa meluat plus menyampah tahap beruk nak nasihatkan diorang balik. The worst part is that, bila you create that problem, if that thing tak affect people's heart or emotion, maybe aku boleh, pass je benda tue as it doesn't create problem, right? But, bila that thing is about others, kau lukakan hati orang and still orang boleh terima kau, and again, you broke their heart, apahal kau?

This is what I said earlier. Think. Sesetengah orang macam tak fikir. What is the thing yang kau nak dalam hidup kau? Ask this to your self. And don't forget to ask for the answer. Fikir. Apa kau nak dalam hidup kau? By lukakan hati orang yang kau sayang, by leaving them, musnahkan cinta kau and worstly, kau cari orang lain by saying that, kau takde hati dekat orang tu..Boleh tak, please, kalau dah takde hati, tell that person, I tak suka U dah. That's bad. Emm..how about, I don't think that my feeling is the same as before to u. I do think that, u should give me time to reconsider this, I mean our relationship and after that, I hope u accept whatever decision I have made. That's it. No more lies, no more belit-belit. Just straight to the point.

Aku bukan kata yang aku hebat, or aku perfect. NO. I am just saying that, no more lies please. Aku tak nak sesiapa je yang ada around me to do this. Aku tak nak. It was just aku rasa macam, it is bad kalau kau pasang dua tiga, kau mainkan hati orang sebab ini hati orang weh, bukan hati katak ke beruk ke, TAK. Hati manusia yang sangat mudah tersentuh. Tak baik buat macam tu. Kalau agak kau nak curang, kau fikir balik dua tiga kali. First, apa kau rasa kalau orang yang kau sayang, curang dengan kau? Second, apa kau rasa kalau adik,kakak,abang atau family members kau dicurangi oleh orang yang diorang sayang?

Fikirlah.

Aku tak boleh nak kata apa-apa. Manusia. Even me myself pun bila orang tegur, boleh tersentap gak weh kan? Tapi, belajarlah dari kesilapan. Takde ruginya pun kau setia pada yang satu and belajar berterus-terang as in life, semua yang kau buat, ada pro's and con's, but believe me, ia berbaloi. To u and to me too..

p/s:Semat dalam diri, "I will love you and only you ,ALLAH".