Saya terasa sangat-sangat bila orang mendiskriminasikan saya.Saya tak faham atas alasan apa yang membolehkan saya didiskriminasi dari mendapat layanan yang sama berbanding orang lain.Oh..saya sangat-sangat terasa.
Beberapa hari ini saya berasa seakan-akan tidak dapat mempraktikkan nilai hak dan kebebasan yang saya miliki dengan cara yang saya ingini.I am officially 18 years old.By holding that title, saya bukan sekadar telah diberi ruang lingkup untuk saya bernafas sendiri,malah saya juga sewajarnya diberi satu lapangan untuk melampiaskan keinginan saya. Bila bercakap tentang kebebasan, korang semua mesti rasa yang saya seakan-akan ingin melepasi keterbatasan akhlak yang wajar saya jaga dan pelihara.TIDAKKK...
Bukan itu yang saya maksudkan.Keluarga saya telah membuka ruang lingkup itu,begitu juga teman-teman.Tetapi mengapa kalian (orang yang secara tidak sengaja terlibat dalam hidup saya) tidak langsung memberi peluang untuk saya menegakkan hak saya?Saya minta maaf atas keterlanjuran kata ini.Saya cuba memahami tugas kalian.Cuba meletakkan posisi kalian dan tanggungjawab kalian dengan kerjaya yang kalian tempuhi sekarang pada diri saya.Betapa saya benar-benar mencuba berfikir dengan jelas dan nyata.Saya cuba memahami semua itu.Betul.Saya tak mahu bertekak jauh sekali bermusuh.Saya tidak mahu melawan jauh sekali bertengkar segala.Oh TIDAKKK..Saya tidak mahu itu.Tetapi pinta saya satu.Tolonglah.
Sekali ini,letakkan posisi kalian di tempat saya.Apa kalian akan rasa jika kalian didiskriminasikan?Dinafikan hak?Kalian tidak boleh mengamalkan kebebasan bersuara (Freedom of Speech) seperti mana yang terkandung di dalam Perlembagaan kita untuk membetulkan tindakan kalian dan pada masa yang sama,kalian cuba untuk memahami kedudukan individu yang tiba-tiba mengganggu kebebasan dan hak kalian dengan usaha untuk tidak menyakiti hatinya,langsung tidak mahu mengguris jiwanya sedangkan kalian ketika itu rasa ingin menangis dan bertanya pada semua, "Kenapa mesti aku diperlaku begini?Di mana salahku?Di mana tingkahku yang pincang?"
Fahamilah individu yang berkenaan.Saya tidak berniat menghina langsung juga tidak terlintas untuk mencerca.Kalian orang yang lebih berpengalaman.Cuma,saya minta maaf.Tindakan kalian benar-benar keterlaluan.
SAYA TERASA.
p/s:Beri peluang pada semua kerana semua orang di dunia tidak mahu didiskriminasi.
No comments:
Post a Comment