Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Friday, December 10, 2010

WASIAT

Pak!

      Buku di tangan dihempas kasar ke atas meja. Beg di bahu dibalingnya ke atas katil. Sambil mendengus geram, Sheera lantas menarik tuala yang tersidai kemas di birai katil lalu melangkah pantas menuju ke tandas. Puan Maria masuk. Dipandangnya sekeliling.Matanya meliar mencari kelibat anak perempuannya yang satu itu.Entah kenapa anak gadisnya yang dahulunya ceria dan gemar ketawa itu semakin berubah perangai.Kuat memberontak dan semakin degil.Peringkasan mudah untuk menggambarkan peribadi Sheera sekarang.Perubahan 360 darjah itu hakikatnya telah mendatangkan kebimbangan besar kepadanya.Matanya beralih ke arah tandas yang lampunya bercahaya terang.Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali lalu melangkah perlahan keluar dari bilik anak daranya itu.
     Hanya kerana ditegur papanya kerana tidak bersarapan pagi tadi,Sheera malah marah dan berlari ke bilik.Meninggalkan papanya di meja makan terkesima dengan sikapnya itu.

     “Sheera..kenapa marah sangat,nak?”,bisik Puan Maria,sedih.

*

     “Sheera,kenapa makan sikit saja ni?Kata semalam hari ni kelas sampai ke petang.Mana cukup makan sikit macam tu kalau kelas sampai ke petang,nak.Mari mama tambahkan sikit lagi mee ya?”.Puan Maria segera mencapai mangkuk berisi mee goreng dan cuba menghulurkannya kepada Sheera.

Ting.

      Sudu di tangan diletakkannya ke tepi.Mee goreng yang bersisa di pinggannya dipandang sepi.Kerusi ditolak.Dia bangun segera dari duduknya.Berdiri memandang ke arah mama dan papanya.Papanya,Encik Malik tersentak.Dia mengangkat pandangannya terus ke wajah anak gadisnya itu.Puan Maria bertindak serupa.Mangkuk berisi mee goreng di tangan diletak terus ke atas meja.

     “Sheera dah lambat.Sheera pergi dulu.Assalamualaikum.”

      Sheera berlalu pergi meninggalkan mereka berdua termangu-mangu di meja makan.Encik Malik menoleh ke arah isterinya.Mata Puan Maria berkaca-kaca.Encik Malik meletak sudu dan garpu di tangan lalu memegang tangan isterinya lembut.
       “Sabarlah Mar.Biarlah Sheera tenangkan perasaan dia dulu.Mungkin dia masih belum boleh menerima hakikat tentang apa yang sudah terjadi.Beri dia masa.Tak usah dipaksa hatinya.Dia bukan budak kecil lagi,Mar”,pujuk Encik Malik.Puan Maria senyap.Sedunya cuba ditahan.Dia mengalih pandangan ke arah suaminya yang setia memujuk.
       “Bang..kalau dia tak mahu,janganlah kita paksa lagi bang.Saya tak nak bang.Saya tak nak hilang anak hanya disebabkan oleh perjanjian abang dengan Datuk Ridzuan tu bang.Saya tak rela bang.Saya tak sanggup!”tegas Puan Maria sambil menahan sebak yang bergendang di jiwanya.
       “Mar,kita tak boleh macam ni Mar.Lembu berpegang pada talinya Mar.Kita manusia harus berpegang pada janji.Abang tak nak nanti disebabkan hal ni orang melabel kita sekeluarga,Mar,Abang dan Sheera sebagai orang yang tidak boleh berpegang pada janji.Manusia yang tidak mengotakan janjinya manusia hipokrit Mar.Munafik.Itu yang abang ingin elakkan Mar”,jelas Encik Malik.
Puan Maria menggeleng-gelengkan kepalanya tidak bersetuju.Encik Malik sudah bangun.Encik Malik pantas bangun dari duduknya.Segera tanggannya mencapai blazer yang bersangkut di kerusi.
      “Abang pergi kerja dulu.Sudahlah Mar.Sekatlah air mata yang mengalir tu.Usahlah menangis lagi.Biar apa pun yang jadi,Sheera mesti patuh dengan kehendak abang yang satu ini.Tiada kata duanya lagi Mar.Abang pergi kerja dulu.Assalamualaikum”.
      Encik Malik menghampiri isterinya yang berjejeran air mata lalu mencium dahinya.
Setelah beberapa ketika terbuai dengan perasaan dukanya,Puan Maria tersentak.Seperti mendapat jalan penyelesaian,segera dia berlari keluar cuba mengejar langkah suaminya yang sudah menghidupkan enjin kereta.

      “Abang!Tunggu sekejap!”

** bersambung...

p/s:Neyh latest cerpen yang aku buat.Sekadar nak bagi korang baca sebab penulisan aku belum cukup baik lagi.So..selamat membaca :)

No comments:

Post a Comment