Memandangkan hari ini Tahun Baru dan buat pertama kalinya dalam hidup aku,aku sambut tahun baru sorang-sorang...sangat sedih sebenarnya.Aish..tak suka.Serius aku tak suka.Aku kalau boleh nak sambut dengan manusia yang ramai,sambil makan keropok dan bergosip-gosip.Haha..
Okaylah readers.Apa aku nak cakap aa..?
Actually,hari ni,aku nak beritahu ciri-ciri orang yang aku suka.Maksud aku..ciri-ciri lelaki yang aku suka.Ehem..Haha..
Sebenarnya,aku rasa macam nak kongsi je dengan korang.Apa salahnya,ya tak??Sharing is caring kan..:)
Ciri-ciri lelaki idaman,pujaan jantung hati,intan payung dan sebagainya..:
1. Aku suka lelaki yang boleh hormat mak abah aku sama macam dia hormat mak ayah dia.Aku tak demand banyak dalam soal ni.Apa yang aku nak mudah je.Respect.Aku anak bongsu and aku pasti,abah ngan mak aku mesti susah nak lepaskan aku dengan lelaki yang diorang tak yakin mampu jaga aku.Sebab tu jugaklah,aku nak lelaki yang betul-betul jujur,yang sayang mak abah aku.Sebab aku yakin,kalau dia sayang mak abah aku,aku akan sayang mak ayah dia lagi banyak banyak banyak..
2.Haha,..yang ni merepek sikit.Tapi aku baru perasan yang aku punya mata memang kero bab-bab nih.Ciri-ciri dia mesti seakan sama dan serupa bila aku jatuh suka dekat mana-mana lelaki.Antaranya..aku selalu terjatuh suka dekat lelaki yang kulit dia agak gelap.Aku tak tahu kenapa.Sebabnya,aku memang tak suka lelaki yang kulit putih,maksud aku yang kulit melepak sangat macam orang putih tu.Aku tak berapa suka.Tapi,vice versanya,aku suka lelaki yang mata dia sepet.Sebab tu,kalau tak de yang kulit basah-basah tu,selalunya aku pilih yang mata sepet pulak..Haha.
3.Aku memang serius suka tengok lelaki yang pandai main bola.Aku tak tahu kenapa..Cuma aku rasa at least lelaki ni kalau tak reti apa pun,mesti dia ada kebolehan untuk main mana-mana sports.At least ye..Itu sebenarnya macam satu benda wajib la dalam ciri-ciri yang aku suka tu.Sebab tu,bila aku kata je aku suka lelaki yang main bola,semua orang gelak macam tak percaya..Hakikatnya,aku memang suka orang yang aktif macam tu.Sebab aku tak aktif,jadi aku perlukan manusia aktif untuk membantu aku memecahkan lemak-lemak terkumpul aku nih..
4.Aku suka tengok lelaki yang pakai cermin mata.Nampak macam smart sangat.And tambahan untuk cermin mata tue,aku suka lelaki yang pakai high top..Haha..korang mesti boleh teka,lelaki negara mana pujaan hati aku kan?:)Yup..aku suka orang yang kemas macam tu sebab aku ni tak kemas.Takdelah..aku rasa macam lelaki perlu tahu jaga apa yang patut dia jaga dalam bab kekemasan nih.Tak naklah sesuka hati je bedal pakai baju apa dia nak pakai tanpa slightest memori untuk jaga penampilan langsung.Tak menarik ok..At least,amik berat soal tu ya.
5.Aku suka lelaki yang boleh protect aku.Alah,,semua perempuan memang nak yang macam tu kan?Ye tak?Dia mesti nak yang mampu protect dia.Sebab tue,bila aku kenal lelaki and dia berani cakap depan depan dengan aku, "Saya suka awak"..even aku tak suka dekat dia masa tu,aku rasa bangga sangat.Aku tahu dia berani.And one more,aku tak nak jadi orang yang disayangi di sebalik tabir.Kalau kau nak aku sayang kau,kawan kau kawan aku,kawan aku kawan kau.Macam tu..Aku takkan teragak-agak kenalkan dia sebagai orang yang aku sayang dan dia takkan teragak-agak kenalkan aku sebagai orang yang dia sayang.
6.Syarat ni paling penting..aku nak lelaki yang boleh imamkan aku dalam solat aku.Aku nak betol lelaki yang tak tinggalkan bab agama even kita semua dah dipenuhi dengan globalisasi semata sekarang ni.Aku tak suka lelaki yang selalu abaikan bab agama ni sebab nanti kalau dia abaikan soal ni,anak-anak aku pun akan abaikan gak..Aku tak nak macam tu.Paling tidak,aku nak dia jadi kepala keluarga yang aku yakin aku bahagia dnegan dia.Aku nak dia jadi lelaki terbaik dalam hidup aku selepas abah aku dan jadi lelaki terbaik dalam hidup anak-anak aku kelak..
Aku tak pernah rasa aku demand soal ni.Semuanya macam dah ada dalam diri setiap lelaki.Actually,takde ciri-ciri menyeluruh pun sebenarnya..Cuma,itulah..aku suka lelaki yang begini..
sangat pening sebab banyak sangat assignment aku tak sipakn..ahhh aku tension gila weh.
ReplyDeletesemoga berjumpa ngn mr.right anda ye..hehe
ReplyDelete