Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Saturday, January 1, 2011

A.Z.A.M S.A.Y.A

Oh ya..saya sudah sampai di Mawar.Kolej idaman ramai.Huwahahaha...

Emm..saya sorang-sorang lagi hari ini.Rugi tak tetap date dengan roommies.Kalau tak,ada lah teman kan?Tapi takpe..banyak keje saya tak siap lagi,so saya kena habiskan as soon as possible before Isnin.Oh Tuhan..betapa saya bersyukur kerana hari ini hari Sabtu.Kalau hari ini hari Ahad,saya akan jadi gila.

Apa azam saya?Awak nak tahu azam saya ke?Haha...
Saya jenis manusia yang ada short term memory.So,tak mungkinlah saya mampu ingat azam saya sebenarnya.Tapi takpe..kita boleh merancang kan?Allah yang menentukan..

AZAM SAYA.

1.Saya berazam untuk simpan banyak barang koleksi.Maksud saya,saya nak simpan beg,kasut,baju dan macam-macam lagi dan semua ni saya nak simpankan di tempat yang asing.Nak buat koleksi.Dan,saya nak asing-asingkan baju-baju saya dan segala-mala harta benda saya supaya lebih tersusun sebab saya cepat lupa.

2.Saya nak belajar bersungguh-sungguh.Tak nak procrastinate sebenarnya tapi terpaksa.Haha..What do you expect from a student yang dah sebulan tak balik rumah untuk siapkan assignment masa kat rumah?Soalan cepu mas nih..

3.Saya tak nak jadi pasif dah dalam kelas.Saya perlukan carry mark yang baik.Tolong saya.!

4.Saya nak jadi anak yang baik.Tak nak sakitkan hati mak abah saya.

5.Saya nak cari lagi banyak hobi-hobi baru untuk diketengahkan.Huhu..bahasa baku giler kan?

6.Saya nak jaga pemakaian saya mulai sekarang.Jaga status diri dan kehormatan peribadi.

7.Saya nak mula cari seseorang untuk mengisi hati saya.Biarlah dia cuma seorang.Sekarang saya single tapi not available.Saya mengharapkan agar saya ada dia yang bernama seorang itu sahaja selepas ini supaya saya tak gila bayang dengan orang-orang lain.

8.Saya nak beli Iljimae.Cita Korea dalam bentuk CD.Tak kiralah bapa hinggit pun,saya tetap nak carik.

9.Saya nak simpan duit mulai sekarang untuk merantau ke negara pojaan hati.Saya dah tak sabar nak ke sana.Oh dunia,lihatlah saya!Haha..

Itu azam saya.Harap-harap tercapai.

p/s:Doakan ye..:)
Sayang kamu..muahhhhxxxx!

No comments:

Post a Comment