Dalam hidup kita,pernah tak kita rasa bersalah yang amat sangat?

...kadang-kadang kita begini..
Kadang-kadang kita rasa kita tak berbuat sebarang kesalahan,tapi,jauh di lubuk hati kita,kita ada rasa BERSALAH itu.Kita rasa seolah-olah kita telah melakukan kesalahan yang amat besar,terlalu besar,terlampau besar sehingga pernah mungkin suatu ketika,mata kita tidak langsung mahu tertutup walaupun tika itu kita sangat mengantuk kerana kesalahan yang kita rasa kita telah buat itu,hampir memakan diri kita,lena kita,jiwa kita keseluruhannya.
Aku tak tahu bagaimana untuk mengistilahkan rasa itu tetapi aku antara manusia yang sangat mudah rasa 'AKU SALAH'.Kadang-kadang aku tak sedar pun sama ada aku ada berbuat kesalahan itu ataupun tidak,cuma deep down in my heart,ada rasa bersalah itu.Atau mungkin aku boleh definisikan dalam erti kata lain,'RASA TELAH BERBUAT KHILAF'.
Misalnya,aku jelaskan dalam satu situasi.
Aku balik dari kedai makan.Ketika itu hujan turun dengan lebatnya.Di tangan aku ada sekaki payung.And for sure ladies and gentlemens,payung tu bukan milik aku.Aku pun peminjam ye.Then,out of the blue,ada orang yang aku tak kenal minta nak pinjam payung tu.Aku minta maaf tapi kondisi fikiran aku masa tu tersekat antara dua idea.Pertama,itu bukan payung aku jadi aku tak boleh pinjamkan sesuka hati.Kedua,aku tak kenal dia.Ok.Alasan tak munasabah.Tapi,why don't kalau kita kaitkan dengan alasan pertama.Aku pinjam payung orang and if dia tak pulangkan,aku berada dalam situasi meminjamkan 'khazanah dan amanah' orang tanpa meminta izin dari tuannya dan kemudian aku perlu menimbang tarakan pula possibiliti ganti rugi sekiranya payung tidak dipulangkan.Itu sedikit masa yang aku ambil untuk menganalisis situasi tadi.Then,I came out with a solution,
"You can borrow mine,miss.But then,please do send it back to ....".
At first,gadis tadi,yang aku tak kenal tu,muka dia macam terasa sebab aku berfikir terlalu lama,maybe 2 3 minutes yang bernilai untuk dia tetapi aku masih dalam mode berfikir.Maafkan aku.Aku bukan sengaja berbuat begitu,cuma normal.Aku sedang menimbang tara perlakuan aku dengan keputusannya nanti.Antara yang bermain di minda aku ialah ,
"What will be my friend's assumption to me regarding this act?"
Ok then..Alhamdulillah,dia menghantar seperti yang dijanjikan.Dan kemudian,aku mula rasa bersalah.
Pertama,kerana aku rasa kasihan dan kedua kerana aku rasa sepatutnya aku tidak mengambil masa panjang sehingga 2 3 minit untuk berfikir.Tetapi berbalik semula pada kondisi normal,kalau itu payung aku,without any doubts,aku akan pinjamkan.Aku harap situasi sama berlaku lagi untuk menebus rasa bersalah aku dan biarlah kali ini,payung itu payung aku.
Aku pernah dibayangi rasa bersalah sampai sekarang atas satu peristiwa.
Masa tu aku nak ambil result UPSR aku.Aku bukan pelajar pintar.Malas pulak tu.So,aku takdelah expect yang aku nak dapat straight,aku cuma ingat ok..maybe some A's.Then,bila aku dapat result tu,aku macam dalam kejutan yang amat so,when I called my dad,aku beritahu abah aku result aku then abah aku memang excited sangat so dia offer untuk amik aku dekat sekolah masa tu.But then,again..aku dah janji nak balik sekali dengan kawan aku dengan ayah dia.So,aku cakap,
"Takpelah bah..Ti adik balik dengan ... je.Abah tunggu tau".
Even after aku dah cakap ayat tu,sampai sekarang aku masih dibayangi rasa bersalah yang sangat besar.Sangat besar.Sebabnya,aku rasa macam aku sepatutnya benarkan abah aku datang je masa tu and even aku yakin abah aku dah tak ingat pasal peristiwa ni,still aku rasa bersalah.Sampai sekarang.
Sebab tu aku kata,kita sentiasa dibayangi rasa bersalah.Itu baru kiasan peristiwa yang aku alami.Aku baru cerita rasa bersalah aku dekat manusia.Rasa bersalah sesama manusia.Kalau nak diimbas dengan rasa bersalah terhadap Yang Menciptakan aku,terhadap Rasulullah s.a.w..aku rasa tak terhitung.Sentiasa aku dibayangi rasa bersalah atas dosa-dosa aku yang lepas.Bukan sekadar dosa yang lepas,tetapi dosa sekarang sama ada aku sedar ataupun tak aku sedang melakukan dosa.Aku takut,aku rasa bersalah terhadap kesalahan,kesilapan dan kekhilafan yang aku sedar sahaja walhal ada lagi kegagalan aku dan ketidakmampuan aku dalam melaksanakan tanggungjawab aku sepertimana yang Allah arahkan ,tetapi masih belum aku sedari dengan sepenuhnya lagi akan kepincangan itu.
Aku harap hidup aku tidak terus dibayangi rasa bersalah itu.Bukan sesama manusia sekurang-kurangnya.
Tapi...hakikat yang satu lagi,kadang-kadang rasa bersalah itu perlu ada supaya kita,sebagai manusia,tidak mengulangi kesalahan yang sama untuk kali yang berikutnya.

~Dia sentiasa ada untuk kita~
Insya'allah.
:)
No comments:
Post a Comment