Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Sunday, December 26, 2010

kenapa aku menulis..?

Aku gemar menulis..bagi aku menulis tu seakan satu kepuasan,Aku selalu marah.Aku bukan manusia sempurna yang tegar bersabar bila hati disakiti,jiwa dironta-ronta..aku tak sehebat dan seteguh itu.Aku manusia biasa yang ada pasang-surutnya.Maka,aku berfikir.Bagaimana aku hendak melemparkan semua derita,bahagia,pahit maung hidup aku dalam cereka mudah untuk dikongsi dengan orang lain..?Kemudian,aku terfikir.Aku suka menulis.Aku sangat suka menulis.Orang zaman sekarangsemuanya semakin moden,semuanya beranjak mengejar globalisasi,mentaliti dah berubah,fahaman dah berganjak,terus dirumuskan,menulis tu aktiviti MEMBOSANKAN.

Pada aku yang sekadar biasa biasa ini,tidak.Aku menghormati hobi,kesukaan dan minat orang lain dan pada masa yang sama,pastilah aku juga mengharapkan pemghormatan yang sama dari orang lain.Aku suka menulis mengikut bahasa aku.Kadang-kadang baku,kadang-kadang kaku.Bahasa gila-gila,bahasa remaja dan kadang-kadang pula bahasa dewasa yang keras tidak bernada.Itu normal dalam membicarakan tentang rasa hati aku.

Aku suka bercakap tentang cinta,hati,perasaan,semua yang aku alami dalam hidup ini.Aku suka.Cuma,kadang-kadang suka tidak bermakna kita perlu menzahirkannya dengan kata-kata.Aku tak rasa begitu.Cukup bagi aku kalau rasa ini aku kongsikan dengan tangan.Aku istilahkan dengan penulisan.Rasa lebih indah.

Aku bukan seorang sastera cinta.Sejujurnya juga bukan pelajar sastera meskipun ketika di alam persekolahan.Tetapi aku suka begini.Orang kata menulis mengantuk,aku kata menulis seronok.Orang kata tulis panjang berjela tiada siapa nak baca,aku kata aku tulis sebab suka,tidak merayu untuk ditilik dibaca.Aku tidak suka mengata tidak pada kesukaan manusia lainnya maka aku juga berharap manusia lainnya tidak berkata tidak pada kesukaan aku yang ada dua tiganya ini.

Selain bermain dengan kucing,menonton cerita korea,melayan komik Detective Conan..menulis juga hobi aku yang utama.Aku tidak suka berkata-kata dengan lidah, takut ada jiwa terasa.Kerana itu,aku lebih suka berkias kerana kiasan bahasanya lebih lembut,susunnya lebih teratur,bidasnya lebih ringan.Tidak tersentap,tidak terpendam.Semua dilepaskan tetapi dengan bicara yang tidak merumuskan siapa insan yang aku tujukan.Bak kata orang tua-tua,"Siapa makan cili,dia terasa pedasnya".Begitu lebih mudah.

Satu lagi sebab kenapa aku suka menulis adalah kerana Bahasa Melayu pada aku sangat unik.Bahasanya boleh dimanipulasi,aturannya indah,lenggoknya madah.Menarik bagi aku yang begitu mencintainya.Ada seseorang pernah berkata pada aku bila mana ketika aku bercakap dengannya,aku bertutur dengan bahasa kedua yakni Bahasa Inggeris.Katanya,"Gunalah Bahasa Melayu..saya tak suka orang bercakap bahasa Inggeris dengan saya".Aku sangat marah ketika dia berkata begitu pada aku.Aku mempersoalkan banyak perkara tetapi semuanya tersirat jauh di dalam hati sahaja.Langsung tidak aku lontarkan kepada dia.

Sejujurnya aku terasa.Aku tidak suka orang berkata begitu pada aku.Sebabnya mudah.Pertama,aku bercakap Bahasa Inggeris dengan dia kerana dia bercakap Bahasa Inggeris dengan aku.Kedua,aku tak suka manusia (aku menggunakan manusia bila aku terlalu marah sehingga aku tidak boleh menyebut namanya) mempersoalkan apa yang aku buat dan menghina aku melalui sesuatu perkara yang aku buat tanpa mengetahui sedikit pun tentang siapa aku.Bermakna,dia menilai aku tanpa memandang aku sebagai makhluk yang sama seperti dia yang tidak memerlukan sedikit pun kutukan dari dia kerana KITA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH YANG AKHIRNYA AKAN KEMBALI KEPADANYA.

Setelah itu, stigma aku langsung seratus peratus berubah.Maafkan aku tetapi aku manusia yang mudah terasa.Kalau aku melayan orang dengan layanan yang aku rasa tidak akan menyakitkan hati mereka dan kemudian mereka membalas layanan aku dnegan layanan yang sangat teruk dan sekali gus menghina jati diri aku,aku tidak boleh melihat mereka dengan pandangan serupa tatkala aku melihat mereka sebelum ini.Aku jadi marah dan langsung aku tidak boleh memberi layanan sama lagi kepadanya seperti sebelum sebelum ini.Maafkan aku kerana aku memang mudah terasa.Biarlah selepas itu mereka berkata si polan dan si polan ini minta maaf atas keterlanjuran kata-katanya dan sebagainya tetapi pada aku,kalau hendak meminta maaf,bukankah dia sendiri yang perlu memohonnya terus kepadaku..Kenapa perlu gunakan si tengah sebagai perantara?:)

Itulah antara apa yang aku rasa.Kerana rasa itu tidak terluah dengan kata-kata kerana kesakitannya selalu terasa,aku lebih senang memberitahu semuanya melalui pena mata teknologi yang aku ada.

Mudah.Jimat.Efektif.Berkesan.Menarik.

:)

No comments:

Post a Comment