Manusia itu tidak pernah sama.Selalu berbeza.Benar kata pepatah,'rambut sama hitam,hati lain-lain'.Bergaduh,bertekak,berdendam kemudian berbaik,bergembira,bermesra,itu semua sifat manusia.Manusia yang pelbagai ragam itu kadang-kadang menyukarkan jiwa kerana..ya,mereka diwarnai kerenah,perlakuan,sikap dan peribadi yang pastinya tidak sama.
Teringat aku pada satu cerita di mana seorang jejaka,terlalu keras,selamba,sombong,hidup dalam dunianya sendiri dan di sebalik sisi lain,dia disukai oleh seorang gadis yang gila-gila sifatnya,mesra,ketawa sentiasa dan pastinya bukanlah sombong seperti sang jejaka.Entah berapa kali,si gadis ditolak mentah-mentah dari hidup di sisi jejaka itu dengan alasan gadis itu bodoh.Jejaka itu menjengkelkan aku.Bijak sangatkah kita sehingga kita melabel orang bodoh?Atau sebenarnya si pelabel itu lagi bodoh dari yang dihinanya itu?Kalau kita tidak bodoh,maka,kita sudah tentu boleh berfikir bahawa setiap insan biarpun berbeza,wajar diberikan hak dan layanan yang sama.Tiada berat sebelah dan kompromi dalam melaksanakan tanggungjawab itu.
Berbalik kepada cerita tadi,si jejaka,entah bagaimana terjatuh hati pada si gadis.Pada ketika ini,aku melonjak.Bukan kerana aku merasai cinta itu yang wujud antara keduanya tetapi kerana terbukti yang bodoh bukanlah si gadis tetapi hakikatnya,kebodohan bukanlah yang dilihat secara nyata semata-mata tetapi kebodohan itu kadang-kadang terlindung di sebalik sifat bijak manusia.Kemudian,ada yang berbicara,'Mereka berdua patut bersama.Si jejaka ada kelebihannya tetapi ada juga kekurangannya.Si gadis ada kelemahannya tetapi pastilah ada kemampuan luar biasanya".Aku ketawa.Ya.Kadang-kadang kita leka.Kita bertanya,"Ah..kenapa mesti dia yang berkahwin dengan si polan dan si polan ini?".Atau mungkin juga kita mempersoalkan,"Oh..dia itu hodoh.Bagaimana mungkin jodohnya lelaki sekacak itu,muka seperti Putera Kayangan,kulit mulus,harta seluas ladang gandum yang tidak terhitung,emas berkepuk-kepuk,bagaimana dia yang menjadi pilihan?Kenapa tidak aku?Aku kaya,aku bijak,aku cantik..bla,bla,bla.."..Aku menggeleng kepala.Kerenah ini kerenah biasa.
Manusia tidak pernah diam bila sesuatu yang luar biasa terjadi di hadapannya.Kita ingin tahu dan kita mahu tahu.Ringkasnya,kita hendak mengambil tahu.Tetapi,jika kita nilai.Jodoh itu di tangannya.Kerana perkahwinan itu,cinta itu dan kasih itu ialah perasaan untuk selamanya dan bukan untuk sementara,maka,kita dipasangkan dengan seseorang yang Dia tahu mampu menutupi kelemahan kita dan mampu menyerlahkan sisi kemampuan kita.
Sejenak..renungkanlah..
No comments:
Post a Comment