Aku teringat antara kerenah kawan-kawan aku bila diorang story dekat aku pasal boy atau girl diorang.Kadang-kadang aku boleh gelak sendiri sebab lucu sangat story diorang.Sometimes aku terfikir,macam mana manusia boleh berubah?Contohnya,kawan baik kita sendiri.Kalau dengan kita bukan main cakap lepas lagik,siap bertepuk tampar,huhuhahahulala lagi,tapi bila dah kapel,automatik,sopan santun..tak kira la lelaki ke perempuan.Perubahan macam tu kadang-kadang buat aku jadi macam tak biasa pulak.Tapi aku tak pe je..Apa yang penting,korang bahagia.Sweet sangat,ye tak?:)
Bukan itu saja sebenarnya,ada gak satu hal yang baru sekejap tadi je aku terfikir.Macam kilat kot.Snap!Idea!
Aku selalu jugak la,eyh..bukan setakat selalu ja malah memang kerap sangat usik kawan-kawan aku bila diorang kata diorang suka lelaki kelakar.Adeyh,mungkin sebab aku dah terlalu kerap dimomokkan dengan kisah lelaki yang tak kelakar tapi suka wat kelakar.Result dya korang boleh lah sama-sama bayangkan dengan aku.Disebabkan pemikiran yang sangat cetek lagi tidak berdaya saing itu,maka aku membuat keputusan,lelaki lucu plus kelakar plus suka buat lawak bukanlah apa sangat pun.Malah tambah memeningkan kepala,merepek banyak sangat.Tak serius and bla bla bla.Ala..stigma aku je pun.*Buat yang suka melawak,teruskan lawak anda sebab lepas baca komen aku pasni,sure korang hepi punya.:)
Adeyh,...berlagak kan statement neyh.Tapi,sekarang aku sure,yakin lagi berani,kawan-kawan aku mesti gelak guling-guling bila aku cakap aku nak ubah pandangan aku pasal menda neyh.Lelaki kelakar memang best.Haha..First time aku baca entah manusia mana punya fb then aku gelak sorang-sorang.Dalam sedar dengan tak,baru aku perasan aku gila sikit masa tu.Mujur je bakal mak mertua tak lalu,kalau tak,jatuh saham aku.Ayat makhluk Allah ney serius,selamba giler.Selamba sangat tapi best.Semua orang cakap dekat dia,berduyun je jawapan dia ada tuk balas balik.Ajaib betul makhluk neyh.100 markah aku bagik.Bukan tu je,bila manusia yang chat ngan dia tu lagi tua dari dia,lawak dia takdelah melampau sangat sampai menjatuhkan maruah orang,tapi simple-simple je.Ala-ala budak baik gitu.Alahai..
Ayat dia semua kalau hitung-hitung balik,macam dia dah tahu apa orang tu nak tanya tapi masalahnya,jawapan dia kelakar sangat.Otak aku neyh pun tak sempat nak dapat idea tue tapi dia boleh fikir nak cakap macam tu sekejap je.Kering gila lawak dia.Hebat.Hebat.Thumbs up!
Makhluk ney telah mengubah persepsi aku.Aku berani jamin,awek dia mesti sayang gila dekat dia.For two reasons actually untuk support my statement..:)
First,orang lawak boleh hilangkan stress.Makwe dia mesti banyak 'thank u' sama dia la aku rasa sebab makwe dia memang sure,insya'allah,kalau takde aral melintang akan panjang umur lagi dimurahkan rezeki sebab lawak kering pakwe dia tu.
Second,manusia yang lawak dekat luar sebenarnya sensitif di dalam.Lembut.Mudah terasa.Diorang masa melawak,diorang sendiri tak sedar diorang tengah melawak.Tapi,bila sampai masa serius,diorang sedar tentang situasi tu dan kalau diorang bukanlah makhluk Allah yang suka melawak tak kena tempat,mesti diorang jadi sweet sangat masa diorang serius.Haha..
Oleh hal yang demikian,buat yang suka melawak,aku encourage korang untuk terus buat lawak.Tapi janganlah lawak tu merepek sangat,aku punya urat perut sendiri menangis nak paksa gelak untuk korang.So,melawaklah dengan baik dan penuh bersopan-santun...Selamat mencuba..:)
Till then..
Daa..:)
No comments:
Post a Comment