Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Sunday, December 26, 2010

Janji

Janji.

Aku tak faham betul dengan janji manusia ni..termasuklah janji manusia yang bernama aku ini.

Kita mudah sangat-sangat berjanji dan kita pun mudah sangat-sangat memungkiri janji.Ye tak?

Contoh.

Kau berjanji dengan kawan kau nak jumpa pukul 3.00 petang.Tunggu punya tunggu sampai terjegil bijik mata,kau tak timbul timbul jugak.Makanya,kawan kau dengan muka seposen pun call lah..

Kawan kau: Weh..ada mana?
Kau:Aaa...(mamun)
Kawan kau:Doe,baru bangun tido ke?
Kau:Aaa...a'a..emm...weh,sorii..
Kawan kau:...

Selalu macam ni kan?

Kita susah sangat nak kotakan janji.Kau kumpul sepuluh orang dan kau buat pemerhatian pasal diorang,for sure,tiada yang mampu memastikan kata yang diucap,janji yang dilafaz,mampu dikota sepertimana yang termeterai.

Begitu jugaklah bila kita bercakap soal perhubungan misalnya.Most of us susah nak kotakan janji.
Aku bawakan situasi ni.Situasi ni kira normal.Tak menyusahkan pun untuk kita fikir.Cuma nak jelaskan di sini betapa kalau kita tak menunaikan janji,impaknya sangat besar termasuklah makian,hinaan,cacian,cercaan,malah sehingga membawa kepada pergaduhan.Kadang-kadang kita tak sedar tapi sebenarnya bila kita tak kotakan janji,kesan dia memang buruk kawan-kawan.Tak payah aku beritahu tapi korang boleh bayangkan.Ye kan?

Kes 1

Satu pasangan berjanji nak berjumpa di taman bunga minggu depan.Cukup 7 hari,gadis A pun menantilah dengan penuh kesabaran bilakah agaknya gerangan si lelaki B hendak datang menemaninya di taman itu.Penat duduk,dia berdiri.Penat berdiri,dia duduk semula.Baju yang dari semalam dia seterika semata-mata untuk pertemuan itu sudah berkedut seribu.

Tragis lagi,sebelum datang tu,si gadis A bukan setakat beli baju baru,kasut baru..malah,minyak wangi jenama Unta yang ada satu-satunya dalam simpanan pun habis dia sembur sebotol..Aish..kau.Nak datinglah katakan..
Maka,hendak dijadikan cerita,si gadis A ni pun menunggu dan menunggulah sehinggalah matahari yang tadik terpacak di atas kepala sudah beralih arah.Miss call,telefon,mesej ...semua sudah tidak terkira.Penat top up RM10 malam tadik.Habis semata-mata untuk panggilan telefon dan mesej yang langsung  tidak berjawab itu.Si gadis A mulai bengang.Di dalam hati dia menyumpah seranah.Sekali lagi dia menghubungi si lelaki B.

Tet.Tet.Tet..Nombor didail.

"Ini adalah kotak bla bla bla bla.."

Berasap si gadis.Pasangan-pasangan yang berpeleseran makin berkurangan.Panas mulai membajai hati si gadis.

"Aku telefon sekali lagi.Kalau tak,break!"

Call punya call,akhirnya terangkat jugak.

Gadis A:Hello!
Lelaki B:Hello...wak...
Gadis A:Eh..awak ada mana ha?Janji bukan main lagi nak dating lah apa lah..Ni lah lelaki,janji tak pernah tertunai.....bla bla bla....
Lelaki B:Sorry..I terlupa..
Gadis A:Sori..naik lori la bai.You biar I tunggu macam patung dekat taman sesuka hati you je.Oooo..dulu bukan main berjanji tak nak I kena matahari sikit pun,you sanggup jadi cermin tinted segala bagai.Tak nak I tunggu lama sebab you takut orang ngorat I lah ape lah..sekarang?Mana janji you..?Huh!
Lelaki B:....

Janji.Mudah kan kita berjanji.Menunaikan janji tu kadang-kadang takde langsung dalam kamus hidup kita.Kita hanya tahu berkata,"Janji""Promise""Pledge"..Kita faham ke tugas kita apa setelah kita berjanji??

Tapi aku tahu..Kadang-kadang bahasa lisan memang lebih laju berbanding bahasa minda.Kita terlalu pantas menutur kata berbanding bertindak untuk melaksanakannya.

Kawan-kawan..

Mari kita berubah.Apa kata selepas ini,kita cuba tunaikan JANJI kita?Janji kita pada ibu ayah kita yang hanya di mulut tetapi langsung tidak kita laksanakan dengan sepenuhnya dan janji kita pada Dia Yang Maha Kuasa itu...

Mari..

:)

No comments:

Post a Comment