Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Sunday, December 26, 2010

Bila aku berbicara tentang cinta

Nak kata main-main,benda tu betul.Tapi,nak kata ada bukti,bukan dalam bidang kuasa aku..

Cuma,to be truth,aku antara manusia banyak-banyak yang mempercayai kebenaran cinta sejati.Pada aku,cinta sejati sangat indah dan aku tidak pernah meragui akan kewujudan cinta sejati itu.TIDAK.
CINTA..indahnya seperti kuntuman bunga~
Orang selalu pertikai,bila bergaduh,bercerai dan segala bagai,maknanya kita tak cukup cinta,kita tak cukup kasih,kita tak cukup prihatin terhadap pasangan kita.Tetapi,bila kita bercakap,kadang-kadang kita kena gunakan akal kita.Jangan main lepas je.Soal jodoh,pertemuan,rahsia hidup kita yang kehadapan,bukan di tangan kita untuk menentukan.Kita manusia yang hanya mampu merancang,merencana apa yang terbaik dalam hidup kita tetapi yang akan menjadi juri untuk memperlihatkan kebenaran dan pengakhiran kisah cinta kita ialah Dia Yang Maha Kuasa.

Siapa kita untuk menidakkan hakikat kalau suatu ketika nanti,cinta yang kita agung-agungkan sesama manusia,berakhir dengan kekecewaan?Aku pernah rasa kecewa biarpun kasih itu cuma sekadar antara manusia dan manusia.Rasa marah dengan keluarga,dengan kawan-kawan..ini semua cinta yang membawa kekecewaan.Tetapi,mungkin aku boleh katakan di sini,kecewa aku terhadap cinta itu belum cukup dalam untuk memadamkan percaya aku akan cinta sejati.

Bila aku,seorang perempuan berbicara tentang CINTA,semua mata pasti beranggapan aku sedang dilamun perasaan.Hakikatnya untuk aku yang menulis,perasaan aku biasa biasa sahaja.Tidak berganjak dari kondisi normal aku sebagai pemilik sementara diri ini.Cuma,apabila orang membangkitkan isu CINTA,hati jadi tertarik,mata jadi melirik,keinginan jadi terpanggil..Sekurang-kurangnya,aku tahu erti CINTA itu bagaimana..

Itu yang aku mahukan..:)

Ada seseorang ahli falsafah pernah berkata,

"Cinta itu semakin didefinisikan semakin dalam pengertiannya".

Aku setuju.Selama kita hidup,bila kita mendefinisikan CINTA,kita tidak akan dapat meneroka seluruh erti cinta,sama ada kita berusaha setakat daya atau kita mengerah tenaga yang ada,tetap cinta itu tidak semudah yang boleh kita definisikan sekadar spesifiknya sahaja.

Merasai cinta sejati pada aku ibarat kau sudah diberi pelindung diri dan jika suatu masa kelak,kau kehilangan pelindung itu,tangisan tidak akan mampu kau bendung.Air mata itu ibarat Sungai Nil yang lancar mengalir tanpa henti.Tiada batu-bata keras yang hitam melekat dan kadangkala merah menyala untuk menghalang titisan-titisan dan benih-benih duka dari berjejeran di tubir mata kita.

Aku percaya akan kewujudannya kerana aku yakin setiap manusia dikurniakan hati dan jiwa untuk dizahirkan kepada insan yang benar-benar layak menakluki mahkota cinta yang dia ada.Cuma persoalannya,mampukah kita menjadi pemain cinta yang teguh pada kasihnya sekuat cinta kita kepada Yang Maha Esa..?

Tidak.

Tidak ada cinta tercipta sekuat cinta untukNya.. tetapi percayalah,akan ada cinta yang boleh menduduki paksi seterusnya di hati kita selepas insan bernama Muhammad S.A.W dan ibu ayah kita.Akan ada.Cinta itu akan ada.Cuma,pemiliknya tiada siapa yang tahu.

Ada pemeran cinta,bertahun mencari kasih,berkawan dengan ribuan wanita,tetapi setelah akhirnya tua dan cinta itu belum termiliki,tiba-tiba hadir satu wajah yang seterusnya menikam jauh lunak kasih di jiwa..Maka,terbentuklah bibit-bibit asmara,rasa hati bergelora,kasih yang tiada sempadannya terhadap insan yang baru ditatap mata.

Sebab itu,kadang-kadang kalau hati kita tiba-tiba terpaut,nasihatku yang cuma manusia biasa ini ialah,jangan pernah kau letakkan sejuta harapan kepadanya kerna kelak kalau dia tiba-tiba beralih angin,deritanya tak terjangkau oleh jiwa.

Letaklah kasih sekadar mampu kemudian berserahlah pada Yang Maha Kuasa.

Aku yakin,hanya dia tahu apa yang layak untuk kita sebagai hambaNya..

:)

~jangan mencari cinta 'DERITA'..~

No comments:

Post a Comment