Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Sunday, December 26, 2010

CONSIDERATION

CONSIDERATION?

Inilah term yang digunakan dalam Contract Act,one of the element of Contract yang bermaksud 'BALASAN'.

Sebenarnya,bukan aku nak cakap soal Contract Act,jauh sekali nak bincang pasal ni.Tak kuasa mak..:)

Apa yang aku nak tulis adalah berkenaan dengan aspek 'BALASAN' ini.Setiap orang di dunia akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatannya di akhirat kelak.Sama ada balasannya itu pahala yang bersamaan dengan syurga atau balasannya itu dosa yang bersamaan dengan neraka.Tiada siapa tahu kerana KITA BUKAN PENCATIT DOSA PAHALA dan KITA BUKAN PEMILIK SEMESTA.

Itu balasan setelah kita menerima tarikh penanda berakhirnya kehidupan kita.
Bagaimana dengan sekarang?

Abah aku selalu kata,

"Buat apa-apa,jangan harapkan balasan dari orang.Lebih baik kita buat benda tu,orang tak tahu,tak nampak dan kita sendiri tak perasan dari kita dok ingat apa yang kita buat".

Dalam erti kata lain,

"Tangan yang memberi,lebih baik dari tangan yang menerima"
atau..
"Tangan yang di atas,lebih baik dari tangan yang di bawah".

Kita sebagai manusia tak pernah lari dari melakukan kesilapan.Kadang-kadang bila kita beri sedekah contohnya,kita kata di mulut,"aku tak mengharapkan apa-apa" tapi sebenarnya sesekali terlintas di hati kita ,
"Aku dah tunjuk akhlak baik.Bangga mak ayah aku kalau tengok"
"Nanti orang puji aku sebab bagi sedekah.Bangganya"
  "Aku budak baik."

Kita tak berkata di mulut tetapi hakikatnya kita mahukan pujian.Pernahkah satu saat di mana kita rasa apa yang kita buat tu kita tak pernah ingat kita pernah buat,tapi orang lain ingat apa yang kita buat?
Pernahkan?
Itulah yang sebenar-benar balasan yang kita mahukan.

Bila kita asyik mahukan pujian,kita tagihkan balasan dari apa yang kita buat,kita mahu orang beri perhatian pada kita,orang ingat kita..Tidak sedarkah kita,apa pandangan Allah terhadap kita?

Ikhlaskah apa yang kita buat?

Di dalam hidup ini,tidak perlu kita terlalu mengejar balasan,pujian dan kata-kata yang besar-besar untuk mengangkat martabat kita kerana kita nanti di sisi Allah hanya insan biasa yang tidak punya apa-apa.
Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki,.

Aku juga kadang-kadang bersikap begini.Aku mengharapkan itu dan ini sedangkan aku tidak kembali berfikir, "Apa sebab aku hidup?Kenapa aku diberi nyawa ini?Tubuh ini?Kenapa aku dijadikan sebagai seorang wanita?Bukan lelaki?Kenapa aku dilahirkan oleh wanita ini?Kenapa aku belajar di sini?"

Persoalan-persoalan ini juga belum terjawab.Belum mampu aku temui jawapannya.

Terus minda aku berfikir..

Masakan aku mampu mengharapkan BALASAN dari orang sedangkan aku belum memberi kepada yang selayaknya lagi..?

:)
~terima kelemahan dan belajar darinya teman..~

No comments:

Post a Comment