Pernahkah kita merasai kehilangan?
Kehilangan ada banyak sisinya,bukan sekadar kehilangan yang bersifat abadi bermakna kita tidak mampu lagi kembali menemuinya selepas berlakunya sesi pemisahan itu tetapi juga perpisahan yang bersifat sementara seperti berpisah sekolah,berpisah tempat tinggal,berpisah fakulti dan yang mungkin selalu dikaitkan dengan perpisahan ini pastinya pasangan kekasih bukan?Berpisah dalam perhubungan misalnya juga merupakan sisi-sisi perpisahan dalam kehidupan.
Mampukah kita mengelak perpisahan itu?
Menundanya mungkin?
TIDAK.Mari kita menggantikannya dengan perpisahan lain.Sistem BARTER!
Sahabat-sahabat yang berakal pintar,
Perpisahan seperti sebahagian dari warna-warna kehidupan.Sekali paling tidak kita akan bertemu dengan 'teman' bernama PERPISAHAN.Berlarilah kita berjuta batu,menyorok,sembunyi,konon-kononnya enggan bertembung dengan PERPISAHAN,tetap juga kalian akan bertemu dengannya.Itu takdir teman-teman.Sesuatu yang sudah tersurat yang tidak mungkin sama sekali mampu kita ubah terutamanya jika perpisahan itu perpisahan abadi.
Sedangkan di dunia sudah berlelehan titik air yang pecah di tubir mata,inikan pula tatkala berlakunya perpisahan yang tidak terjangkau oleh kita.Berpisah dunia normal teman-teman,berpisah akhirat itu pedih sahabat-sahabat.Sakitnya ibarat hirisan sembilu.Deritanya seperti ditikam bertalu-talu.Tiada istilah lengkap yang boleh mendefinisikan kesakitan yang dirasai.Tiada kata yang boleh diungkap untuk menyamai luka yang terbina.Tiada ubat mampu menyucikan parut yang terbentuk.Itu kesannya kawan-kawan.
Perpisahan menyakitkan.
Tetapi pembaca budiman semua,
Wajarkah kita terus-terusan meletakkan diri pada posisi yang sakit kerana perpisahan?Selama mana persoalannya?Sehingga kita pula berpisah dengan dunia?Begitu?
JANGAN.
Bersabar.Itu kuncinya
Terima.Itu jalan rahsianya.
Redha.Itu lambang kasihnya.
Tenang.Itu pintu keluarnya.
Ingat teman-teman.
Selama mana mampu kita menangisi sakit perpisahan?Sehingga kita hilang semuanya hanya kerana derita berpisah?Jangan.Ingat Dia yang telah mengatur hidup kita.Dugaan itu sentiasa ada kerana selama mana kita dihujani dugaan,semakin sayanglah Dia kepada kita.Menerima perpisahan itu dengan jiwa terbuka dan penuh keinsafan,itu lebih baik.
Insya'allah.
:)
No comments:
Post a Comment