Hidup ni kan..macam kita main roller coaster tau..
Sometimes, kita rasa laju sangat. Bila laju,mula mula memang ar happy kan?Ye tak..laju,pantas,cepat..tue yang kita nak sebab kita mengejar masa. Masa berjalan dan terus berjalan, tetapi manusia masih melaluinya. Masa tidak ada penantian kerana masa itu gerakan yang terus bekerja setiap detik, setiap masa dan kita manusia, sebagai penggerak gerakan itu.. Bila laju dan laju, kita mula diselubungi macam-macam rasa. Kita takut sebab makin laju, makin bahaya. Kita jadi marah sebab laju dan laju, bila nak berhenti?? Kita nak nangis sebab bila laju, kita makin rasa tak selesa. Kemudian..roller coaster tue kembali ke asal..Perlahan dan perlahan semula.Kemudiannya, roller coaster itu berhenti. Pabila saatnya roller coaster berkata, "Tamat sudah pusingan ini". Maka, tutuplah matamu kerana perjalanan sebagai perantau di dunia sudah berakhir.
Ya.
Roller coaster sekejap. Hidup panjang. Tetapi perumpamaannya masih tidak lari dari asas yang kita lalui..
~Berfikirlah. Sesungguhnya jiwa yang berfikir itu jiwa yang hidup.
Sedang menaiki roller coaster yang terlalu perlahan..:'(
ReplyDelete