Mana lagi best?EGO ke ADAB?
Kenapa kita kena ada ego?
Aku setuju,kita semua dibekalkan dengan ego masing-masing tapi bukan ke kalau kita tak gunakan ego tu dengan berlebihan adalah perkara yang lebih baik?
Lelaki ke perempuan ke pada aku boleh je ada ego.Cuma,please la..in some situations,belajarlah mengawal ego anda tuan-tuan dan puan-puan.Buruk giler kalau korang still nak applykan ego yang tak sampai seposen tu.Entah kenapa aku mudah terjentik bila manusia menggunakan ego dia dengan excessive.Rasa macam nak beritahu je dia,
"Kau simpanlah ego kau tu..Aku pun tak nak.Tak payah nak besar kepala sangat".
Egokah aku kalau cakap macam tu?Well..considering the fact yang adab nampak macam comel lagi jadi aku pun taklah terkeluar ayat-ayat puitis aku tu bila mana aku dihimpit kemeluatan tanpa kawalan terhadap keegoan tidak bersudut kau tu.
Cuma,ya..Ego kadang-kadang buat orang rasa menyampah sangat.
Contohnya,sesetengah orang tu ego tinggi."Aku betul,kau salah".Dalam hidup dia takde langsung istilah "Ye.Awak betul kali ini,saya salah".Aish..serius aku panas.Kenapakah kau mesti menjadi yang betul sepanjang masa?Kau memang dilahirkan dalam bakul emas ke?Takde silap langsung?Belajarlah sama menerima kelemahan dan perbaikilah kelemahan.Kita bukan sempurna.Cuba ukur jari kau,sama saiz tak dua-dua?Tak kan?So,tak kan kau tak tahu lagi yang kita ni tak sempurna..?Tak payahlah hidup berbumbungkan ego dan kebijaksanaan tidak separa kau tu..Ye tak?Simpan egomu wahai manusia.Jangan menyalahgunakannya..
Lagi satu aku perasan.Bila manusia ni ada ego,dia tak pernah nak beritahu lemah dia.Lemah orang je yang dia nampak.I guess dia ada masalah rabun kejauhan dan kedekatan lah kot.Semua yang dia nak cakap ialah, "Aku baik." Setiap masa kawan.Aish..-.-
Tak faham betul aku.Kenapakah?
Janganlah sampai macam tu.Janganlah kau buat macam tu.Aku tak tipu.Kalau kau ego tinggi,kau rugi.Orang akan rasa sangat sangat meluat pada kau.Orang ego tinggi ni kadang-kadang jalan pun tak pandang orang.Hati dia sebijik macam ni,
"Girl..bapak I yang buat jalan ni.Suka hati I ye der..".
Tolonglah kawan.Tak perlulah over limit sangat.Nanti kau jugak yang jatuh.Pandanglah manusia sekeliling kau.Kita semua perlukan orang di sisi.Setakat ego seposen kau tu,aku simpan dalam bank pun tak banyak faedah tahu.Beradablah sikit.Ini tak,ego kau tu kadang-kadang tak bertempat.Depan orang yang lagi tua pun kau boleh bangga dengan ego kau.Macam kau lahir seratus tahun lagi lama dari diorang.Jalan bukan main macam kau menang pertandingan pakaian berhias segala bagai.Orang tegur,kau tak layan.Kau kata kau tak perlu ditegur,kau tahu apa kau buat.
Ish ish..
Buruk perangai macam tu.Kita semua di dunia ni macam bonding yang tak terlerai kau tahu..Kita perlukan sokongan,support.Kita tak boleh berjalan sendiri kalau takde bantuan.Maka,janganlah kau naikkan status ego seposen kau tu..Simpan dan buat koleksi ye..Adab tu lagi mahal.Macam mutiara yang makin digilap.Makin BERNILAI.
Oh...saya suka ADAB.
:)
No comments:
Post a Comment