Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Sunday, December 26, 2010

Beratnya tugas kita..

Kita sebagai manusia kadang-kadang mudah alpa,terleka..Kita menganggap dunia ini sebagai tempat terakhir kehidupan maka kita tidak perlu berusaha untuk mencari keredhaanNya tetapi berusaha mengejar kekayaan yang ada.Itu fitrah manusia.Tanya hati kita,diri kita,naluri kita.

"Kalau wang di depan mata,menolakkah kita?"

"Kalau pangkat dalam genggaman,menjauhkah kita?"

Maka,apabila dihitung-hitung,kita sebagai manusia ini ada banyak kekurangan.Kita jarang berfikir dengan matang.Usahlah dibandingkan yang usianya baru sepuluh tahun kawan-kawan.Tanya sahaja diri kita yang menjangkau lapan belas tahun ataupun yang lebih jauh usianya ini,"Matangkah aku?"

Sejauh mana tahap kematangan itu diukur?Sesetengah orang menganggap apabila seseorang itu serius dalam melakukan sesuatu, "Oh,dia matang".Sebilangan yang lain pula beranggapan bila seseorang itu tidak bermain seperti budak-budak,"Ya,dia matang".

Sebenarnya teman-teman,atas kayu ukur apakah kita sebagai makhlukNya yang bermaustatin sementara di persinggahan dunia merumuskan definisi kematangan itu?Tahap apakah kematangan kita?Adakah alat yang spesifik untuk mengukur kematangan kita?Wujudkah keberkesanan seratus-peratus dalam ujian menentukan kematangan diri kita?

Sejujurnya,kematangan juga seperti cinta.Definisinya tidak jelas bergantung kepada tahap mentaliti masing-masing.Sekarang,mari kita beralih.Kita lihat isu sekarang.PEMIMPIN.Di dalam organisasi misalnya,bagaimana kita mahu menentukan pemimpin yang boleh memimpin kita?Tidak perlu berlari jauh sahabat,balik ke sini,kita lihat sahaja keluarga misalnya atau kelas kita misalnya,apa ciri-ciri kepemimpinan yang wujud dalam diri pemimpin-pemimpin yang ada sekarang?

Adakah pemimpin boleh kita tangkap muat,ikat dalam guni kemudian agung-agungkan dia?Atau kita pilih secara berhemah mengikut tahap yang kita mahukan?

Kalian..

Tidak semua orang boleh memimpin.Tidak semua orang boleh mengetuai sesuatu jawatankuasa contohnya.Tidak semua boleh berbuat begitu.Kerana apa?Kerana seorang pemimpin mestilah seorang yang boleh memimpin.BOLEH MEMIMPIN bukan semudah berkata, "Ya,saya pemimpin".Tidak.Kebolehan memimpin berat dan membebankan.Kalau tidak mampu diaplikasi dengan baik,rosaklah pertubuhan,pincanglah kekuatan.

"Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain."

"Orang akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut. Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya."
-Luqman Al-Hakim..-

Demikianlah sebenar-benarnya mengenai tanggungjawab seorang pemimpin dan seorang insan apabila tugas sebagai seorang khalifah diletakkan di atas bahunya..Kita juga khalifah teman-teman.Kita juga bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islamiah kawan-kawan.Takutnya..tugas ini berat Ya Allah..

Teman..
Tidak boleh sebagai seorang pemimpin,kita menyalahgunakan kuasa yang diberi dan tidak boleh juga sebagai seorang pemimpin kita menonjolkan sikap angkuh dan sombong kerana sesungguhnya siapa pun kita,kita manusia biasa.Setinggi mana pun darjat kita atau sebesar mana pun status kita,kita manusia biasa yang kelak di akhirat kelak akan melalui saat penghakiman sama seperti yang lain malah mungkin kalau sekiranya kita menyalahgunakan kuasa itu,maka kesannya akan berbalik kepada kita..

Takutnya Ya Allah..

Berat tugas pemimpin ini...

Maka,pada yang memimpin,pimpinlah dengan baik.Kepada yang dipimpin,patuhilah arahan dengan baik...
Jadilah kita semua seperti aur dan tebing yang saling memerlukan.Jadilah kita seperti pantai dan pepasir yang saling memerlukan..

Indahnya dunia kalau kita semua bertolak-ansur bukan?

:)

No comments:

Post a Comment