Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Friday, December 10, 2010

...stigma...

Tak faham betul dengan pandangan dan pemikiran orang kadang-kadang...
STIGMA yang menakutkan!!
Banyak sangat terasa dengan stigma mereka yang langsung tidak pernah berubah.Selalu meletakkan kesalahan 'terpencil' kepada 'semua'.Kenapa macam tu?

Paling terasa bila mereka menghakimi kita kerana kita adalah sebahagian daripada kelompok yang terlibat.Misalnya..

Pak Cik A: Awak ambil lesen memandu dekat mana ya?

Daud: Dekat ABC Pemandu Berhemah.

Pak Cik A: ABC Pemandu Berhemah???Ish..elok ke tempat tue?Pak cik dengar tempat tue bagi lesen bawah meja je..Tak perlu susah-susah belajar.Dapat lesen atas angin orang kata..Eh..kamu.Betul ke kamu boleh memandu ni??

Daud: .....


Inilah stigma.Tak pun..untuk situasi yang macam ni..

Pak Guard: Eh...awak.Mana kad matrik awak?

Intan: Tertinggal dalam dorm.Saya minta maaf banyak-banyak..

Pak Guard:Senang awak cakap kan?Awak keluar sesuka hati tak bawa kad matrik,kalau jadi apa-apa siap yang susah??

Intan:Saya memang tak sengaja.Saya tak perasan saya tertinggal kad tadi.

Pak Guard:Awak budak jurusan apa ni?

Intan:Jurusan ABC.

Pak Guard:Jurusan ABC??Huh.Patutla.Jurusan ABC budak-budak dia memang macam ni.

Intan:....


Kalau anda berada dalam situasi seperti ini,maksud saya bukan di pihak Pak Cik A dan Pak Guard tetapi di pihak Daud dan Intan, tidakkah kita terasa bila orang menghakimi kita,diri kita,peribadi kita sekadar melihat pada kelompok di mana kita terlibat sama? Bila orang menghakimi kita dengan cara begini kemudian memandang serong kepada kita tanpa sedikit pun belajar untuk memahami diri kita yang sebenar-benarnya,bukankah ini semua akan membuatkan diri kita seolah-olah terlalu hina?
I need JUSTICE..

Kita seolah-olah limau busuk dalam kotak.Semua orang seakan-akan hendak membuang kita.Kenapa?
I need your RESPECT~
Bukankah semua manusia sama sahaja di mata Allah S.W.T..?Sebelum kita menghakimi sesuatu masyarakat,kelompok manusia dan sebagainya,tidakkah lebih wajar kalau kita meletakkan diri kita di posisi mereka?Apa kita akan rasa kalau orang menghakimi kita tanpa menghiraukan sikap kita yang sebetul-betulnya.

Mungkin benar apa yang mereka dengar.Ya..mungkin sebahagian atau sebilangan dari anggota kelompok itu benar-benar biadab,keterlaluan dalam berkata-kata,tidak menghormati orang lain..tetapi janganlah kesalahan individu tersebut terus dilabelkan kepada semua kelompok yang sama dengannya.Seolah-olah peribahasa ibarat telur sesangkak,pecah sebiji,pecah semua.Seorang melakukan kesilapan,semua orang disifatkan sama dengan yang tersilap.Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Sedihnya..:(
Saya sedang SEDIH..~meowww..
Untuk yang membaca,mari kita fikirkan.Sekurang-kurangnya janganlah kita menjadi seperti insan yang berstigma demikian.Positiflah.
Be POSTIVE,think POSITIVE~
Semua manusia bukan dilahirkan sama sifat dan peribadinya.Jangan menyalahkan sesuatu sedangkan sesuatu itu sangat baik untuk kita.Jangan membetulkan sesuatu jika nyata sesuatu itu benar-benar salah.
be FAIR ~
Fikir-fikirkanlah..
:)

No comments:

Post a Comment