Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Friday, December 10, 2010

Korang..Jangan menipu!

Jangan pernah menipu.

Itu pandangan peribadi aku kalau orang tanya sebab kenapa bila diorang kapel,diorang akan putus dengan kapel diorang.Memandangkan aku perempuan,dan side bila aku mendengar story adalah dari kawan-kawan perempuan,so aku memang seriously menyatakan di sini bahawa if a guy rasa you want to have a nice relationship with your girl,don't ever ever lie to her.Sebesar kuman pun jangan.Jangan tanya aku kalau pembohongan korang sebesar bukit ye.Fikir-fikirkanlah.

Kenapa jangan menipu?

Bukan ke dalam perhubungan ada tipu sunat?Tipu sunat?Adeyh..amalan sunat untuk panduan diri pun tak cukup,jangan berangan nak tipu-tipu sunat.No tipu.No tipu sunat.No tipu at all.
Aku sebenarnya tak faham kenapa korang kena tipu.Contohnya kau mesej dengan perempuan,then bila girl korang dapat tahu yang kau mesej perempuan tu,dia melenting.Terus kau cepat-cepat tukar statement.

"Eh yang..I bukan kenal dia.Dia yang mesej I.Takkan I taknak layan.Kesian.Nanti orang kata sombong and bla bla bla.."

takpun..

"Sayang...I dengan dia takde apa-apalah.You ni memanjang nak jealous.I setia dekat you jelah..bla bla bla"

Ayat normal lelaki.Betul?

Guys,kalau sekali korang mesej that girl,and the next kali korang dah tak contact dia,aku tak rasa your girl akan marah korang.Maybe atas faktor korang ada job nak kena settle with that girl and kena mesej dia sebab dah tak boleh nak elak dan sebagai-bagainya lagi but only for the first time or..ok la,second and third time,aku tak rasa girl korang akan melenting.
First and foremost,korang mesej sebab TERPAKSA.Unless girl korang super duper cemburu tahap yang tidak dapat dikawal,aku yakin dia takkan marah.
Ini tak.Korang mesej bukannya sebab korang TERPAKSA tapi sebab hati korang yang MEMAKSA.Itu sebab girl korang angin satu badan.Nasib lagi tak baik bila out of the blue,dia terbaca mesej korang.Nasihat aku,pleasela.Bila korang kapel,janganlah sakitkan hati dia.Dia tu manusia,bukan kambing yang lepas korang penat-penat jaga,korang sembelih buat korban.Dia tu ada hati bukan macam batu yang korang baling-baling ke sana-sini.Dia ada rasa bukan macam lopak air lepas hujan yang korang pijak-pijak.
Kalau korang rasa korang nak kapel but at the same time korang nak dengan perempuan yang korang kerap mesej,sudahlah.Putuskanlah hubungan korang.Jangan tamak.Sekali korang menipu,mungkin korang akan terlepas.Tapi,pernah dengar pepatah tak?

Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua.

Sebijak mana korang merencana otak korang yang geliga sampai boleh buat batu cincin tu untuk menipu,at the end,believe in me,that secret akan terbuka sendiri.Sama ada dari mulut korang sendiri atau dari mulut orang lain.Jangan menipu.
Aku tahu korang pun akan kata yang perempuan menipu boleh je,kenapa kitorang tak boleh?Eyh..pandai ye korang.Bila rasa macam side tak memihak dekat korang,cepat sungguh bela diri.Oh,sayalah yang baik,dialah yang jahat bla bla bla.Korang,apa yang aku cakap bukanlah untuk kapel yang dua-dua saling menipu atau kapel yang girl dia kuat menipu sebab aku tahu korang pandai berfikir.Apa yang aku cakap ialah sifat lelaki kalau nak hubungan ends well,jangan belajar menipu.Jangan tipu.Even kalau pukul 2 pagi korang keluar gi minum pun,bila girl tanya,janganlah menipu konon-kononya bangun buat solat tahajud.Tak baik la.Dahla menipu dia,pastu menipu diri sendiri pulak.Cukuplah tu.Pakej untuk menempah kebinasaan dalam hubungan korang.
Bicara biar jujur.Tak perlu menipu.Kalau dah ada girl,setialah.Janganlah pasang sampai cukup buat senarai satu sukan Olimpik antarabangsa.Tak payahlah tamak.Tak payah besar diri.Yang ada tu,jagalah.Tak payah pandang kuman seberang laut kalau gajah depan mata pun korang tak nampak.
Kalau dalam hidup korang ada kejujuran and dua-dua side saling tak tipu,do not worry,relationship yang bahagia menanti di hadapan.Insya'allah...
:)

No comments:

Post a Comment