Dalam hidup ni...ada banyak benda yang kita tak jangka.Kadang-kadang benda tue menyedihkan,menyakitkan,melukakan but still,kadang-kadang kejutan tu lebih indah dari yang kita pernah rasa sebelum ni..
Baru-baru ni,ramai kawan-kawan aku jatuh ati.Alhamdulillah..Allah bukakkan ati diorang untuk terima cinta.Ye..mungkin ramai kata couple tu tak baik dan sebagainya termasuklah beberapa artikel yang pernah aku postkan dekat wall aku,cuma,sebagai kawan,of course,aku rasa bahagia untuk kawan aku.Aku sentiasa bahagia kalau diorang bahagia.:)
Ada seorang kawan aku ni.Dia ada masalah.Masalah dia,dia tak percaya tentang lelaki yang setia.Dia tak berani nak bagi komitmen dalam relationship.Dia tak berani untuk menerima cinta lelaki.Aku pun tak pasti nak kata macam mana untuk situasi yang macam ni.
1.Aku kasihan pada orang yang luahkan isi hati dekat dia and deep down inside,aku tahu,dia jugak terluka sebab dia tak boleh nak terima orang tu sebab dalam hati dia macam ada batu besar yang menghalang dia berhubungan lebih dari seorang teman dengan lelaki.
2.Aku tahu kawan aku ni rasa dia ingin merasai perasaan kasih,disayangi macam kawan-kawan dia yang lain.Cuma,dia kata dekat aku,dia tidak boleh mengasihi lelaki lebih dari sepatutnya kerana dia risau dia terlalu sayang sehingga kalau kelak ditinggalkan,dia akan terluka dan mungkin dia tambah melupakan erti lelaki di dalam hidup dia.
3.Pada suatu-suatu masa,kawan aku ni kata,ada beberapa lelaki luahkan perasaan dekat dia and until now,dia tak terbuka lagi untuk menerima siapa-siapa pun.Dan dia kata,dia tak tahu sampai bila agaknya hati dia akan terbuka..
Aku sedih kalau aku berada dalam posisi teman ini.Jiwanya ingin tetapi dirinya melarang.Namun demikian,jauh di dasar hati aku,aku rasa dia perlu bersabar,mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi...Allah takkan melupakan hambaNya dan kelak kalau betul dia punya jodoh di dunia,insya'Allah,dia akan diketemukan jua dengan lelaki yang bisa memelihara jiwanya,setia,ikhlas dan sanggup bersama-samanya menempuh ranjau dan onak duri kehidupan...
Insya'allah..
:)
No comments:
Post a Comment