Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Friday, December 10, 2010

Jangan buat dah ye..:)

Kenapa mesti mencarut?

Maaflah kalau ada yang terasa.Maaf juga kalau ada yang tidak suka.This is my personal opinion.Setuju atau tidak.It's up to the readers to decide.

Dunia sekarang memang terlalu pantas.Semua aspek kepantasannya benar-benar mengujakan.Tetapi,ada satu hal yang sedikit merencatkan ketamadunan globalisasi ini iaitu adab dan sopan masyarakat kita.

Mengeluarkan kata-kata kesat,mencarut,bercakap lepas tanpa langsung sedikit pun mengambil kira hati dan perasaan orang lain adalah sesuatu yang benar-benar dikesalkan.Seolah-olah kita masih belum benar-benar belajar dari sejarah lampau.Betapa pepatah banyak menunjukkan kepada kita bahawa mulut perlu dikawal,jangan lincah bertutur,jangan petah tidak bertempat,jangan lancang tidak bersudut.Kita memang jarang belajar dari kesilapan.Kemudian,kita mempersoalkan bila orang menasihati kita,bila orang memberi teguran kepada kita.
Senyumlah..

Kalian,

Kalau kita tidak salah,orang tidak menegur.Kalau kita tidak khilaf,orang tidak bercakap.Jangan MENCARUT.Itu bukan budaya kita.Nyahkan sahaja nilai-nilai kebaratan yang lahir dalam diri kita.Singkirkan budaya hedonisme yang menularkan amalan MENCARUT itu.Mencarut bukan jati diri bangsa Malaysia.Kita penuh dengan sifat-sifat ketimuran,beradab sopan,bertatasusila.Jika kita merosakkan peribadi orang Timur itu sendiri dengan mudah melahirkan kata-kata cercaan dan menghina orang lain,tidakkah mata yang melihat,masyarakat yang memandang akan terus melabelkan kita sebagai 'orang yang tidak beradab'?
Let's remove it~
Kita marah bila orang mengutuk kita,menghina kita,mencaci maki kita,bukan?
Kita geram bila keluarga kita dipijak-pijak,dikeji-keji,dikutuk-kutuk bukan?

Tidakkah kita berasa malu bila bibir kita mudah benar bercakap perkara-perkara yang tidak senonoh?Di mana rasa malu kita?Tersembunyi?Begitu?Malu kita pada diri kita sendiri?Malu kita pada anggota badan kita yang mendengar cacian itu?Malu kita pada keluarga?Malu kita pada kawan-kawan?Malu kita pada guru-guru?Malu kita pada masyarakat sekeliling dan masyarakat lain seluruhnya?

MALU kawan-kawan.Malu kerana akhlak kita jelas tidak sopan dengan berbuat begitu.
see??

Apa pula stigma dan pandangan orang pada kita?

Bila kita mencarut terutamanya di hadapan kawan-kawan kita,kadang-kadang kita tidak sedar yang kawan-kawan kita langsung tidak selesa mendengar butir bicara kita.Setiap kali bercakap,ada sahaja keluar perkataan B_ _ _ H,sekejap sekejap bercakap,keluar pula perkataan S _ _ T,lama sikit lagi F_ _K pulak.Ish..tak sedaplah kawan-kawan.Tak menarik.

Kadang-kadang kita ingat yang diorang dah biasa.
Hakikatnya..ini yang tersembunyi dalam hati diorang..

"Nak menegur karang melenting.Suka hati kaulah mamat,minah...Malas aku"

Bukan itu sahaja,mencarut kalau selalu dibiasakan,mungkin suatu hari kelak,kita akan terlepas menuturkan kata-kata tersebut di hadapan orang lain.Misalnya..

KES
Mamat mengajak Minah ke rumah ibu bapanya.Dia ingin memperkenalkan Minah kepada mereka sekali gus memberitahu mereka akan hajatnya untuk menjadikan Minah isterinya yang sah.
Sesampai di rumah Mamat..
Mamat's house

Ibu Mamat: Ooo...inilah Minah ye,Mat.Emm..cantik budaknya.Berkenan mak tengok..
Mamat mengangguk-anggukkan kepalanya.Setuju.
Ayah Mamat:Minah kan nama kamu,nak?Siapa ibu bapa kamu?
Minah:Ibu saya Si Melah,yang jual nasi lemak dekat depan masjid tu.Ayah saya Si Daud,nelayan biasa je pak cik.(Tersenyum malu)
Ayah Mamat:Ooo...pak cik kenal mak ayah kamu.Baik dua-duanya..
Tiba-tiba datang anak saudara mamat.Di tangannya ada aiskrim coklat.Dia menghampiri Ibu Mamat.Tiba-tiba kakinya tersadung kaki kerusi,terjatuh terus ke atas lantai.Malangnya,aiskrim yang dipegangnya tiba-tiba terlantun langsung melekat di atas kain Minah.
Minah:Kurang asam punya budak.H_ _ _ M  _ _ _ _ H.Anak  tak _ _ _ _...#$@@%$^&**&(..Huh!
Ibu Mamat,Ayah Mamat,Mamat,Anak saudara Mamat:...................................

Ini contoh kes yang boleh kita bawakan mengenai ke'tidaksengajaan' kejadian mencarut apabila kita terbiasa dengannya.

Mungkin ada yang kata,entah betul entah tidak benda macam tu boleh jadi.Tepuk dada,tanya diri kita ya kawan-kawan..

Kawan-kawan,

Sesetengah orang,bila dinasihat,dia malah melenting.
Eeii marahnya!
Kemudian dia mencarut semula,menghina orang yang menasihati.Dalam soal ini,satu yang ingin aku katakan.Kenapa perlu melenting kalau diri tidak salah?
Kita bersalah,kerana itu kita marah.

Aku tidak berniat untuk menghakimi apa yang terjadi bahkan aku juga tidak langsung berharap untuk membetulkan apa yang telah berlaku..Apa yang berlaku telah pun berlaku,tetapi setiap manusia diberi jalan pulang.Berhentilah dari menuturkan kata-kata yang kurang sopan kerana kalian sebenarnya orang yang sangat baik,cuma kata-kata tidak sopan  itu yang telah memutuskan anggapan 'baik' terhadap kalian.Jika hilang tabiat itu,insya'allah,penghormatan akan kembali menjadi milik kalian...

Jangan kata TIDAK.
Kalian pasti MAMPU BUAT.
Saya BOLEH BUAT!
And always remember..
HWAITING~

Aku sekadar menjalankan tanggungjawab,menegur kalau aku rasa perkara tersebut sudah keterlaluan..Sama-samalah kita menghargai apa yang telah diberi Allah,sama-sama kita menghargai pemberianNya.Janganlah kita kufur dan melakukan apa yang dibenciNya.
Insya'Allah..

So..again guys.
JANGAN MENCARUT DAH YE..
manis je kalau tak mencarut..Betul!Tak tipu..
Indahnya akhlak...:)
Selamat mencuba...


:)
Only you can change yourself~

No comments:

Post a Comment