Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Friday, December 10, 2010

C.I.N.T.A

Cinta bukan sekadar memberi malah menerima.Cinta bukan sekadar melafaz tetapi turut melaksana.

Bestnya kalau cinta seindah bunga mawar yang mekar kan?


Tapi..kena ingat jugak,bunga mawar suatu hari nanti tetap akan layu.


Cinta kalau tidak dibaja,tidak disiram,dibiar seperti mawar liar,tidak dipeduli,tidak dihargai,kelak..cinta itu akan berlalu pergi.Jangan pernah menafikan kekhilafan dalam perhubungan.Setiap orang ada kekurangan.Setiap orang ada kelebihan.Kerana itulah cinta dihadirkan untuk saling memenuhi.



Kehadiran cinta bukan bermakna kita kena melanggar perintah agama.Cinta selalu disalahkan apabila sesuatu terjadi kerana manusia beranggapan apabila terlalu cintalah maka sesuatu yang dilarang agama itu dialakukan.Tidak.Cinta tidak salah.Cinta hanyalah perasaan yang hadir untuk memenuhi setiap keping jiwa yang ada.Kehadiran cinta adalah positif.Sesuatu yang jelas menggambarkan kenormalan manusia.Jangan pernah menidakkan takdir.Suatu masa kelak,bila cinta mendatangi kita,lidah pasti kelu seketika dan mata pasti tertunduk malu.Itulah cinta.Kuasanya tidak terkawal.Geloranya bagai api yang menjulang.



Yang menggagalkan perhubungan,yang melanggar syiar keislaman ialah cinta yang berlandaskan nafsu sebagai tunjangnya.Cinta yang meletakkan kecantikan dan susuk badan sebagai galang ganti untuk membuktikan keikhlasan dalam perhubungan.Nafsu yang membuak-buak hanya akan membuatkan hubungan cinta dibenci semua bukan sekadar orang sekeliling bahkan Allah s.w.t.Sedihnya melihat cinta sekarang terlalu banyak dibayangi nafsu.Takutnya melihat semua itu kerana cinta sebegitu adalah cinta palsu.


Itu bukan cinta.Itu NAFSU.

                                                                                                               



Hubungan itu tidak indah.Hubungan itu PARAH.



Hati itu tidak rela.Jiwa itu tidak REDHA.


Kalian..:)


Bercintalah.Berkasih sayanglah.Tetapi..AWAS.Jangan pernah meletakkan nafsu sebagai tunjang dalam perhubungan.Landaskanlah ikatan dengan batasan sewajarnya.Perhatikan sekeliling dan ingatlah tanggungjawab sebagai seorang Muslim,Muslimah,Mukmin dan Mukminat..

Peliharalah ikatan sewajarnya kerana kemanisan hubungan hadir setelah cinta yang wujud itu ikhlas dari dasar jiwa.



:) 

                                                                                 
~Cintailah Allah sebelum mencintai makhlukNya..:) ~

No comments:

Post a Comment