Benda mudah suka buat susah.
Itulah sikap sesetengah lelaki bila berdepan dengan perempuan yang diorang suka.Macam-macam diorang sanggup prepare dengan harapan nak buat biar perfect lah konon.Alih-alih,bukan setakat tak dipandang,menjeling pun tak.Kan dah haru macam tu..
Sebenarnya,nak bagi perempuan yang korang suka agar suka dekat korang takdelah susah sangat macam jawab soalan Add Math untuk SPM tahun lepas.Terburai isi otak aku.Mudah sikit dari tu rasanya.At least 0.01 peratus lebih mudah.:)
Aku tak tahulah perempuan-perempuan lain,cuma aku rasa bila sebut perempuan,kitorang semua berkongsi at least satu persamaan.
Ada sesetengah perempuan,dia suka jual mahal.Believe it or not,itulah status dan standard.Kalau kita gi pasar raya pun,kalau benda tu dijual dengan harga yang mahal dan bila kita tawar pun still salesgirl dia kata , "Sorry sir.I can't", mesti our first impression ialah,barang itu terlalu sukar untuk dimiliki.Kita nak tapi kita tahu susah nak dapat but once we are able to get it, itulah kebahagiaan paling besar untuk kita.
Bukanlah aku nak suruh korang anggap perempuan ney macam barang dekat pasar raya tu,aku pun perempuan,adeyh..apasal kena compare dengan barang pasar raya pulak?Ye tak?Cuma..apa yang aku nak korang ubah ialah the way korang fikir.Kalau dalam hati ada niat nak pikat seseorang,first,don't ever ever judge her.Jangan kau pandai-pandai letak meter dalam otak dia dan kata kaulah manusia terhebat yang dilahirkan dengan kepantasan berfikir 4500 km/hour ataupun kemampuan membaca fikiran orang tanpa had and whatsoever sebab untuk sesetengah perempuan,dia rasa macam kau bukan nak pikat dia tapi nak jual kepandaian kau dekat dia.We don't need that.Tak perlu.Sila simpan dan buat koleksi ya tuan-tuan.Kami sudah ada meter sendiri.
Lepas tu,kaum perempuan ni jugak sebenarnya bukanlah suka dengan teknik dan taktik yang sama.Variety la sikit.Ini tak.Kalau pagi tadi waktu tengah cari idea nak bagi hadiah nampak lelaki beli teddy bear,semua beli teddy bear.Sepuluh tahun lagi pun kau beli teddy bear jugak.Sampailah berkurun-kurun lamanya kau buat macam tu,terjamin,kaulah yang akan jadi penjaga teddy bear yang kau beli tu.Simpan sendiri dan buat simpananlah ya jawabnya.
Tak perlu semua tu.
Luaskan minda dan pemikiran korang.Varietykan usaha.Jangan terperangkap dengan cara yang sama.Kalau contohnya macam trend sekarang mostly girls sukakan Korea,korang janganlah under estimate diorang and kutuk-kutuk segala bagai,why don't korang encourage dia lagi?Misalnya,tiru teknik memikat yang boleh korang ambil dalam setiap drama yang girl korang minat.Takpun kalau perempuan yang korang suka tu suka lagu orang putih,alah... yang ala-ala Rihanna ke Lady Gaga ke tu,cubalah korang burnkan cd lagu yang dia minat and hadiahkan untuk dia plus bunga mawar merah setangkai ke apa ke.Varietykan cara.Jangan tersekat pada cara dan kaedah sama.Zaman sudah berubah dan anda juga perlu berubah kerana zaman berubah sebab perubahan tu korang yang cipta.Ingat tu.
Emm..then,jangan perli dia.Kau nak pikat dia tapi kau perli dia.Dia pegang piano kau kata,"Eh,jangan!Kalau nanti jari you yang cantik-cantik naik ketumbit gara-gara main piano macam mana?You jugak susah".Dia pegang guitar kau kata dia nak jadi lelaki.Dia pegang pen,pensel,etc2..kau kata dia nak buat pandai.Kalau sampai semua tak kena,bukan setakat bermimpi,bayang pun jangan.Belum sempat tanya lagi dia dah blah tinggalkan korang.Ada macam tu?Janganlah mulut macam murai sangat.Belajar menghormati kehendak dan keinginan dia.Belajar terima kemahuan dia.Belajar menyokong apa yang dia inginkan.Belajar menghargai kesukaan dan hobi dia.Korang takkan rugi,bahkan korang akan lebih faham dunia dia sebab semua orang ada dunia masing-masing yang diorang ciptakan khas untuk diri diorang.Kalau nak masuk rumah orang kita bagi salam,nak masuk dunia dia pun kau kena bagi salam jugak.Understand her.That's the key point.Jangan perli dia.Jangan paksa dia.Jangan dan jangan.Let's everything jadi natural.Manisnya kalau semuanya terjadi dengan indah kan?
Lagi???
Jangan pernah korang buat benda-benda yang melampau-lampau sangat.Kalau korang rasa koranglah satu-satunya lelaki yang ada di muka bumi ni untuk dia,korang sangat silap.Dia boleh beralih bila-bila masa sahaja dari korang.Tak perlu bermegah.Kalau nak pikat hati dia,tak perlu ubah diri korang.Just be yourself.Kadang-kadang,yang bagi perempuan suka bukan korang yang telah menjadi orang lain tetapi diri korang yang sebenar-benarnya sebab lelaki tak sedar mereka ada aura untuk membuat wanita sedar mereka diperlukan di dalam hidup si Hawa.Jadi,peringatan,tak perlu berubah untuk jadi orang lain,tak perlu berlakon untuk memuaskan hati perempuan yang kau suka,just be yourself and don't overreacted.Everything will be fine.Insya'allah.
:)
No comments:
Post a Comment