Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Sunday, December 26, 2010

25 Random Facts about me..

Instructions:
Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.

Emm...

1. "Nama diberi Aisha Nazura.Nama diberi Aisha Nazura".Haha..Tiru Mis kejap.Nama aku Aisha Nazura tapi actually aku pun tak berapa tahu sangat asal usul nama tu tapi everytime aku buat searching untuk nama ni,aku selalu buat kesimpulan sendiri yang nama aku overall bermaksud 'KEBAHAGIAAN'.Insya'Allah..:)

2.Aku ni anak kedua dari dua orang adik-beradik.So,clearly,aku sangat suka 'merap' means aku suka merengek-rengek dekat mak abah aku kalau aku nak minta apa.Huhu..Normal la kan?Once aku minta something tapi tak dapat,mesti menitik air mata aku.Childish gila kan?Well..That's me.:)

3.Aku sayang gila dekat mak abah aku.Setiap kali aku terbayang diorang,mesti rasa something mencucuk-cucuk hati aku.Sebab tu la,sedegil mana aku,senakal mana aku,sebuas mana aku,semerap mana aku dengan diorang,aku takkan lupakan jasa diorang.Weyh,susah kot nak jaga budak yang banyak songeh macam aku ni tau!Terima kasih mak abah.:)
<3 you.Nah,amik ciuman angin ni.Muahh Muah Muah..

4.Aku memang jenis yang kuat terasa.Aku pun tak tau kenapa.Once aku terasa,it depends.Sometimes,mood aku akan ok sekejap je cuma kalau mood ni tiba-tiba dia direct dua bulan,dua bulanlah aku tak bertegur dengan orang tu.Haha..my best friends dah masak sangat dengan fiil aku nih.Ye tak?:)

5.Aku adalah peminat Detective Conan yang agak tegar!Yeah!!Huhu..Aku kenal dengan komik ni since I was in standard four.This was the first comic ever yang attract my sight when I first saw it.Kira macam first sight love la.Aduhh..:)Disebabkan ke'maniac'kan aku dengan komik ni jugak la,aku boleh ingat banyak momentos-momentos penting dalam cita ni and bila aku start story sal komik ni,I don't know when to stop.Doe,banyak gila kot! 

6.Aku sebenarnya spesies manusia yang senyap.Tu sebab aku tak kenal orang lagi.But,if one day tiba-tiba korang out of the blue nampak aku lompat-lompat,gelak-gelak,bising-bising,happy-happy and usik almost semua orang,that's mean aku dah mula rapat dengan korang.So,time tue,korang jangan risau.My trueself automatically akan ter'reveal' dengan sendirinya.:)

7.Aku ni cepat nervous.Once aku nervous,perut aku mesti sakit punya sampai aku terduduk.Sebab tu cikgu-cikgu and ustazah-ustazah aku dah masak sangat dengan aku ni.Kalau nak gi lawan debat ke,syarahan ke,drama ke,don't ever ever suh aku makan dulu.Kalau tak,tak lawanlah aku hari tu.Mual kawan!

8.Aku sangat suka hidup aku masa sekolah menengah.Semua perisa aku rasa masa tu.Kau,sedap tau.Coklat ada,sweet and sour ada,air laut,air asam jawa,strawberry,blueberry..segala macam lah.Semua aku rasa masa tu.Tapi yang paling membahagiakan aku sebab aku stay dengan kengkawan baik aku satu kelas dari kitorang tingkatan 1 sampaila ke tingkatan 5.Sebab tu,until now,kitorang masih contact antara satu sama lain sebab susah doe nak hilangkan rindu lepas 5 tahun bertemu muka yang sama je.Tak jumpa sehari,sebulan,setahun and +++,sure bagi impak besar dalam hidup aku.:)

9.First time ever,aku duduk asrama and berpisah dengan keluarga adalah masa aku nak sambung study dekat UiTM ni.Sebelum sebelum ni,mana ada aku sanggup berpisah dengan diorang.First,sebab aku dua beradik ja.Kesian kalau tinggal mak abah aku kan?Second sebab kalau tinggal dekat ni,speciality dia bergunung kau.:)Huhu..*Bajet pun jimat..

10.Aku lebih rapat dengan kengkawan berbanding mak abah aku.Tapi,lepas abis mengadu segala problem dengan kengkawan,balik tu,mesti aku gi cari mak aku,gi peluk-peluk dia pastu cita semua yang aku cita kat kengkawan aku.Haha..Burukkan perangai?

11.Aku sangat suka coklat.Suka gila gila.Gila gila gila!Tapi,aku tak suka coklat yang kosong je,aku suka yang variety.Ada kacang,kismis,almond..Wahh!Emm...sedapnya.:( That's why jugaklah,semua makanan yang aku makan,especially snek,semuanya banyak based on chocolate.Kek ke,roti ke..semua coklat lah.Sampai orang rumah bising giler,apehal semua coklat??I luv it so jangan bising-bising.:)

12.Aku suka kucing.Aku sayang kucing.Aku tak kisah,kucing tu macam mana,kalau aku jumpa,mesti aku duduk then main main dengan dia.Aduh...rindunya dekat kucing aku.:'(Sebab tu jugaklah,dekat rumah aku ada banyak kucing.Dekat 20 ekor or..emm..maybe more.:p Kucing ni ada speciality tau.Aku pernah masa kecik,merajuk dengan akak aku,aku menangis atas katil.Tiba-tiba,akak aku letak kucing atas katil.That was the first kucing ever yang kitorang bela and suprisingly,kucing tu datang dengan aku,'menyerendeh'..ala macam rapat-rapat dengan aku macam tu then tidur dekat dengan aku.Ala...rindu aku dekat dia sebab dia baru je meninggal tahun lepas tak salah aku sebab demam.:'(

13.Aku tak suka cita yang ada lawan-lawan,cita robot ke,dinasour ke,ikan paus ke jaws ke atau apa-apa cita yang ada scene makan orang atau yang sewaktu dengannya.Aku tak suka.Ganas sangat.Bukan jiwa aku.Sebab tu,aku tak pernah tengok cita Transformers.Kau buatlah promosi besar gedabak mana pun,tapi kalau cita macam tu,aku tak amik port pun.Huhu..

14.Aku tak suka makan.Aku bukan orang yang suka makan.Aku takdela cerewet bab makan cuma aku makan bila lapar je takpun bila aku tertekan.Kalau korang tengok aku gemuk,possibilities dia tak banyak sebenarnya.Sama ada aku lapar sangat atau aku tengah hilangkan tekanan aku.Tu je.Kalau aku tak lapar,tak payahlah hidang makanan sekolam pun,aku mesti wat bodo je.Bukan sombong, cuma selera makan aku dah off time tue.:)

15.Aku jenis makhluk yang suka bergaduh dengan lelaki.Bukan tumbuk-tumbuk,tampar pastu wrestling apa semua.Tak.Aku cuma kerap bertekak dengan diorang.Ada je yang aku tak puas hati.Kadang-kadang,aku suka pandang tajam dekat diorang kalau diorang wat aku terasa.I guess kengkawan lelaki aku mesti da ada pengalaman ni.:)
Tapi,apa-apa pun,antara kawan-kawan baik aku,mesti terselit makhluk aneh bernama lelaki.Kalau aku ada masalah,diorang gak aku cari and selalunya kalau aku bergaduh teruk dengan orang tu,dialah yang in the end jadi kawan aku yang paling setia.Well..<3 u all guys..:)

16.Aku masih single.Haha.Sebab semua orang,eyh..tukar tukar.Sebab sebilangan manusia asyik tanya kenapa status aku dekat fb bertukar-tukar,diorang suspek aku da ada kapel,tengah putus,menderita,nangis guling-guling dan sebagainya.Haha..Babe,aku single mingle ney ha.Tak terasa nak tukar status pun.Aku suka hidup macam ni sebab takde siapa nak kongkong aku,marah aku,tengking aku..I am happy with my life.:)

17.Aku tak tahu kenapa aku pilih law and wat kursus ni.Aku pun pelik bila aku dapat tawaran untuk study menda ni.Aku pun tak tahu kenapa once aku diterima untuk sambung buat course ni and at the same time aku dapat tawaran gi belajar di KMK (Kolej Matrikulasi Kedah) yang for sure aku akan ada bersama kawan-kawan baik aku,aku pilih untuk ke sini.Tapi..bila da lepas satu sem and dah belajar banyak benda,aku dah makin tahu kenapa course ni jadi pilihan aku.Semua ada hikmahnya.:)

18.Aku sangat sukakan Korea.Artis dia,cultures dia,penduduk dia,the way diorang appreciate their own people..semua aku suka.Aku sangat sukakan variety kehidupan di sana.Aku memang teringin nak pergi sana.Bukan sebab aku sukakan ss501,U-Kiss,SNSD,2PM,2AM,BEAST,KARA,CNBlue,FT Island atau SuJu (Sori kalau ada tertinggal..tak sempat nak rewind) and whatsoever je,cuma aku memang suka apa yang ada di sana.Haha..sebab tu jugak la si Azim Razak cakap yang kalau bukan sebab rambut Nasbal macam Korea,aku takkan puji Nas.Hoho..ade ke macam tu kau ni Zim.?Aku puji ikhlas la..

19.Aku tak rasa aku jenis yang suka marah.Tapi aku ni jenis yang kalau aku buat something,aku tak suka orang main-main.First,sebab aku takut aku main-main sekali.Doe,kalau kita semua main,bila nak siap keja..??Haha..Second,sebab aku tak suka kena marah.Aku nak buat kerja yang pada aku tak sia-sia dan boleh selamatkan semua ahli dalam group aku.Sebab tu kalau korang buat kerja dengan aku,boleh terasa ye..:)
Sebab aku garang..:p 

20.Aku jenis tak tahu camna nak bela diri aku.Aku takut aku sakitkan ati orang and in the end,aku sendiri tak terbela dan hak aku hilang cam tu je.Aku ni pemalu tak bertempat jugak sebab even nak pesan makanan pun aku suruh kawan aku buat.Entah apa yang aku malukan dengan mak cik tu pun aku tak tau...:)

21.Aku sayang semua kawan-kawan aku.Sebab tu,kalau aku terasa,aku marah,aku geram apa semua,lepas 2 3 ari,aku da baik dengan diorang.Aku tak boleh la merajuk lama-lama,aku rindukan diorang.Lagipun,kalau aku merajuk dengan diorang pun takde maknanya,diorang dah faham fiil aku.."Buang masa je pujuk mak cik neyh.." 

22.Aku dulu pun macam orang lain gak.First aku kenal group Korea,aku wat tak kisah je. "Tak penting pun.."
Siap gelak guling-guling lagi kalau diorang cita sal Korea.Tapi,lastly,aku sendiri yang jatuh hati sampai siap berangan pa semua lagik.Amik kau!Kan dah kena batang hidung sendiri..:)

23.Aku tak suka orang tengking aku.Even kalau nak tegur pun,tak perlu sampai tengking-tengking.Asal?Hebat sangat ke anda?Huwahaha..:P Aku memang tak suka orang guna kekerasan dekat aku.Marah-marah aku,bising-bising dekat aku.Kalau nak nasihat,gunalah pendekatan lain.Sekali kau naik suara dengan aku,selama hidup aku,aku teringat je pasal suara kau tu.Kau mahu ke cam tu?:)
Haha..kesimpulannya,tegur dengan berhemah dan guna bahasa yang sopan.Terima kasih.

24.Aku ada prinsip.Aku harap sampai ke akhir hayat aku,aku akan pertahankan prinsip ni.Aku jenis once aku tak suka,I meant it.Aku tak main main.Kalau kau buat jugak apa yang aku tak suka,aku takkan bising-bising,tegur-tegur kau.Buat ape ye tak?Tak de maknanya nak buang masa tegur kau.Kau kan da besar.:) Cuma,if kau buat jugak,impression aku dekat kau even kalau sebelum tu hundred and ten percent terus..dumm!Menjunam ke zero point zero.I meant it.

25.Aku suka aiskrim.Nyum nyum.Tapi,favourite ais krim aku cuma Coklat.Perisa lain kalau nak makan tu,boleh la.Tapi,takdela sekuat aku makan ais krim coklat.:) And,last thing!Aku suka tengok orang pakai high top.Aaaa....suka gila!

Haha..tu je kot pasal aku..:)

p/s:mende ney da lama aku buat.Adela dalam sebulan lebih..haha.baru rasa macam nak post dekat blog ni ha..:)Mianhae..

No comments:

Post a Comment