Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Tuesday, February 22, 2011

UiTM

Few moments yang tinggal sekarang macam sejuta debu yang dulunya memutih di langit biru, menyesakkan jiwa..namun, makin lama debu yang mengganggu pernafasan manusia, bagi orang sakit, batuk, selesema dan sebagainya tu slowly hilang and dissappeared dibawa terangnya matahari dan sejuknya angin segar yang membuai lembut.

Itu yang aku rasa sekarang.

Dulu, aku berkeras, bumi UiTm akan aku pijak dan tinggalkan tanpa sebarang rasa yang berbekas di hati, tanpa sebarang rindu dan kasih. Tapi kini, bumi yang aku janji akan tinggalkan dengan hati tanpa goresan perasaan, membuahkan sebak menggunung. Meninggalkan bumi ilmu ini yang aku yakin aku tidak akan kembali lagi tambah membuatkan hati aku terluka dan terluka. AMAT TERLUKA.

Aku cuba berlagak normal. Berlagak seolah-olah aku manusia cekal. Cis.

Lagak itu di luar sahaja. Dalamnya ada rekahan jiwa yang terseksa kerana bumi pertama yang dirasakannya sangat banyak mengajar erti ilmu, sahabat, kasih dan sayang itu akan ditinggalkan. Haluan seterusnya yang akan aku tuju masih tidak kelihatan di depan mata. Cuma, di sudut hati kecil ini, aku berharap agar aku selamanya akan terus mampu memperoleh pengalaman sebaik ini di tempat lain.

Tempoh singkat ini membuatkan aku tambah gusar. Bakal meninggalkan bumi UiTm ini dalam tempoh sebulan tambah menyebakkan rasa di dada. Memori, jalan-jalan dan pengalaman yang ada di sini membuatkan aku tambah berat hati untuk pergi.

Sesungguhnya, tempoh sebulan ini akan kumanfaatkan untuk menghargai semua yang ada kerana tempoh ini sahaja yang aku miliki untuk terus berada di sini.

:'(

1 comment: