Jatuh cinta.
Aku rasa kita semua manusia berkongsi pendapat yang agak serupa bila bercakap tentang cinta.
Bila hati dibuai oleh angin cinta,kita akan rasa seperti burung yang terbang bebas di awan.Seolah-olah tangan kita telah mengikat jutaan bunga-bunga mekar dan setiap detik yang ditempuhi atas nama cinta itu menjadi terlalu indah.Biarpun kadang-kadang ketika kita melalui detik percintaan itu,kita diburu keresahan,kerna takut yang ada di sisi itu kelak akan hilang dan kita juga diburu kegusaran,takut dugaan yang datang tidak termampu untuk dihadapi..Dan akhirnya,bila kuasa cinta meresap di dalam sanubari,diri menjadi seakan peninju di gelanggang.Biar angin dan taufan kuat menyerang,tetap diri teguh bertahan.Itulah kehebatan cinta.
Seperti pepasir yang kadang-kala dihempas ombak mengganas,cinta menzahirkan erti yang seakan sama.Kadang-kala,kita jadi terlalu asyik sehingga kita lupa betapa cinta itu harus diberi kelonggaran.Tidak perlu terlalu diberi perhatian,tetapi jangan pula diabaikan.Cinta itu indah.Seperti mana bibir melafazkan.Anginnya menderu hebat,sangat laju.Kadang-kadang,hari ini kita boleh berkata, "Aku tidak ingin bercinta" dan kemudiannya esok,mungkin pula bicara kita berbeza.
"Aku ingin...Aku sudah....Aku hampir..jatuh cinta.."
*
Tetapi.perlu diingat.Apabila hati telah kau beri pada yang kau yakini mampu menjaga hatimu,beringatlah bahawa engkau jangan pernah menyakiti hatinya.Kita selalu terlupa.Kita tak pernah sempurna.Kita ada banyak khilaf.Kita ada banyak salah.Kita ada banyak kekurangan.Tidak termampu rasanya untuk menangkis semua kelemahan yang ada dan tidak sanggup rasanya menyimpan semua kenangan silam yang kuat bermain di ingatan.
Belajar akan erti setia bila cinta mula bertiup di jiwa.Belajar erti menghargai bila dia ada bersama.Belajar erti menghormati apabila kita dan dia berkongsi cinta yang serupa.
Jangan.Dan jangan.Jangan pasang dua tiga dengan harapan kalau aku terluka dengan dia,aku boleh beralih pada yang lain.
Jangan.Dan jangan.Jangan cuba menyakiti hatinya di mana kau boleh sebebas-bebasnya menelefon siapa sahaja yang kau mahu,berbual sampai empat lima jam,bergayut dengan dia,atau mesej siapa saja yang kau mahu,sesuka hati kau sedangkan apa yang kau mesej seakan-akan perbualan yang mirip dengan cara kau berbual dengan 'dia',yang kau cinta itu...
Tidak perlu melukai kalau kau rasa kau boleh setia.Setia mudah untuk dieja.Mudah untuk disebut.Mudah untuk diingat.Tetapi,setia itu tidak mudah untuk diaplikasi.
Kadang-kadang orang kata kalau cinta,masakan berpisah..?Kalau cinta,masakan bermain kayu tiga?
Aku mudah sahaja.Pendapat aku senang sahaja.
Kalau benar kau cinta,kau takkan melepaskannya walau sedetik dari hidupmu kerana kau tahu antara kehilangannya di hadapanmu dan kehilangannya kerana Allah lebih menyayangi dirinya,kau lebih senang dia hilang bukan dari penglihatanmu.
Kalau kau benar cinta,kau takkan berani walau sedetik berfikir untuk melukakan hatinya.Kau akan menjaga jiwanya agar tidak terluka.Kau akan menjaga dirinya agar kamu berdua berada di landasan yang sama,tidak melangkaui syariah Islam,tidak melangkaui apa yang sepatutnya kalian hindari..
Kalau kau benar cinta,hatimu takkan mungkin sekalipun terjatuh kepada yang lain kerana kau menyayanginya sepenuh jiwamu..Kau takkan sanggup menghinanya setelah kau memiliki yang lain kalau benar kau cinta kerana kalau kau cinta,lidahmu akan terhapus dari kata-kata buruk untuk dirinya.
Maka,kajilah diri kita.Adakah selama ini kita betul-betul cinta atau kita hanya bermain sahaja..?
:)
No comments:
Post a Comment