Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Friday, December 10, 2010

...sayang...

Pernahkah kita benar-benar menghargai sesuatu dalam hidup kita selama ini?

Kita selalu berkata,
"Aku sayang dia sangat-sangat.Aku betul-betul menghargai dia.Belahlah dada,tengoklah hati..Percayalah"
Betul ke sayang??
Kita bercakap mudah.Kita berkata indah.
Persoalannya,apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan penghargaan kita kepada insan yang kita zahirkan kata-kata tersebut?Aku jemu.Jujur.Aku letih,bosan mendengar manusia berkata dia benar-benar menghargai sesuatu di dalam hidupnya kerana aku tidak bertemu sesuatu yang mampu membuktikan penghargaan mereka itu.

Bukankah kalau kita benar-benar menghargai sesuatu,kita kena tunjukkan penghargaan kita.

Analogi aku boleh diibaratkan macam ni..

Aku suka novel.Jadi,untuk membuktikan aku benar-benar menghargai novel,aku akan balut novel tu,simpan elok-elok dan jaga novel tu baik-baik.

Itu analogi.Macam mana dengan kehidupan kita?Pandang sekeliling dan lihat.

Kes 
Sepasang kekasih duduk berdua-duaan di bawah pepohon jambu menghadap taman permainan yang luas di hadapan mereka.

Lelaki:Sayang..you sayang I tak?
Perempuan:Of course la..Nape?You tak percaya ke?
Lelaki:Tak..(buat muka merajuk).
Perempuan:Alaa...kenapa you tak percaya?(Muka macam nak nangis)
Lelaki:You kata you sayang I,tapi you tak pernah buktikan kasih sayang you dekat I..
Perempuan:You nak apa?I rela korbankan jiwa dan raga demi you.I love you sayang...

Lihat dan perhatikan apa yang terjadi.
Inikah namanya sayang?
Ingatlah!
Kita melafazkan perkataan sayang tetapi adakah apa yang telah kita buat itu benar-benar mempotretkan tema kasih sayang atau tidak?Renung kembali apa yang kita telah buat sepanjang kita hidup,sepanjang kita diberi nafas untuk dihirup,sepanjang kita diberi anggota untuk bergerak,apa yang telah kita laksanakan untuk membuktikan kasih sayang kita kepada yang memberi?Kita angkuh.Selalu tidak bersyukur.Kita sombong,selalu tidak berterima kasih.
..Terimalah taubatku Ya Allah..
SAYANG?Tidakkah kita memahami erti perkataan yang kita tuturkan itu?Sayang beerti kita benar-benar mengasihi dirinya.Adakah setelah melafazkan kata sayang dan kemudian kita merosakkan dirinya beerti kita benar-benar kasih padanya?

Kalau benar kita sayang pada seseorang,beerti kita akan menjaga dirinya,memelihara peribadinya,membentuk akhlaknya,menjaga tatasusilanya,mengukuhkan syariat Islam di sampingnya.Itu barulah jelas kita menyayanginya,kita menghargainya.
~kasih~

Ini tidak.Di dalam akhbar,di media-media cetak dan elektronik,dalam facebook,twitter,friendster,blog..Bermacam-macam terjadi.Kita kaji semula.Apa puncanya semua ini berlaku?Salah siapa?
Keratan akhbar~
Kalian,berfikirlah..

Sayang yang sebetul-betulnya ialah sayang yang berunsurkan ke arah kebaikan.Kita sayang mak abah kita,kita jaga diri kita,kita tak rosakkan nama baik keluarga,kita bantu mereka bila mereka memerlukan kita,kita jaga mereka bila mereka memerlukan perhatian dari kita.
Kasih ibu bawa ke syurga..~
Begitu jugak kalau kita sayang kawan kita,kita jaga dia bila dia sakit,kita bantu dia kalau dia perlukan pertolongan,kita ambil berat pasal dia,kita jadi bahu untuk dia menangis bila dia memerlukan teman untuk mengadu.
Friendship ..
Kita sayang guru kita,kita tunjukkan akhlak yang terpuji,kita tidak melawan langsung juga tidak membantah,kita belajar bersungguh-sungguh,kita ikut peraturan sekolah,kita banggakan sekolah.
Kita sayang adik-beradik kita,kita bantu dia bila dia memerlukan kita,kita elak bergaduh dan bermasam muka lama-lama dengan dia,kita jaga hati dan perasaan masing-masing.
Kita sayang Rasulullah s.a.w,kita sentiasa berselawat ke atasnya,kita selalu mengingati dirinya,kita mengikut sunnahnya,kita mengikut teladan yang baginda tunjukkan.
Rindunya..
Kita sayang Yang Maha Pencipta,Allah s.w.t,kita patuh pada perintahNya,kita tinggalkan apa yang dilarangNya,kita melakukan amalan-amalan yang wajib kita lakukan,menambahkan amalan sunat dalam beribadat kepadaNya,kita mencintai apa yang Dia cintai dan kita membenci apa yang Dia benci.
ALLAH the only one..

Inilah sayang.
Kembali kepada fitrah sebenar..
Kalau benar sayang,
Takkan ada jiwa yang lara.
Kalau benar sayang,
Tidak tercetus perang antara negara.
Kalau benar sayang,
Tidak akan bergaduh sesama bangsa.
Kalau benar sayang,
Tidak akan bertekak kalangan kita.
Kalau benar sayang,
Bumi akan ketawa bahagia..
Mawar Berduri indah berseri.Di dalam taman,tidak dicemari..
Insya'Allah..
:)

No comments:

Post a Comment