Kebenaran yang pasti,hak untuk memiliki perasaan dan meluahkan perasaan adalah hak individu.Masuk campur dan terlibat secara langsung untuk menidakkan hak individu tersebut bukanlah idea yang bijak..Tetapi,kadang-kadang kita sendiri bisa menjadi lucu pada kerenah dan sifat 'perasaan' itu sendiri dalam memilih insan atau perkara yang ingin dizahirkan karakternya itu.:)
Perasaan yang paling normal untuk disifatkan kepada diri seorang remaja ialah perasaan sayang.Cinta terlalu besar untuk diekspresikan oleh seorang remaja.Itu pendapat peribadi, yang dirasai dan difikirkan logik untuk dibangkitkan.Sebabnya,sayang itu boleh dihuraikan dan dilebarkan kepada banyak sisi,bukan sekadar sayang pada insan yang telah membesarkan kita tetapi juga sayang terhadap teman-teman dan mungkin perasaan sayang yang tiba-tiba hadir untuk insan yang sebenarnya kita tidak pernah tahu pun kewujudannya dalam hidup kita sebelum ini.Menariknya,bila kita bercakap tentang sayang,fikiran kita dan minda kita mesti berputar pada orang yang kita suka.Mahu atau tidak,menafikan atau bersetuju,ini ialah hakikat yang tidak boleh dinyahkan semata-mata dari kotak pemikiran kita.
Lucu juga bila mengenangkan,kita hidup selama 23 tahun misalnya,kemudian kita bertemu dengan seseorang yang tiba-tiba hadir dalam hidup kita dan kemudian kita menzahirkan perasaan sayang itu kepadanya.Dalam erti kata lain,perasaan itu hadir setelah jiwa dan hati berkata suka terhadapnya.Pernahkah kita terfikir,seseorang yang kita temui itu mungkin hadir setelah kita melalui zaman di mana jiwa kita telah menerima dan menzahirkan perasaan sayang pada insan-insan lain.
Dia hadir setelah itu,entah dari mana,kemudian bermula perkenalan dan seterusnya membuat ikatan dan kemudiannya mungkin diraikan dengan jalinan yang lebih khusus.Persoalannya,di manakah kita pernah berjumpa dengan seseorang itu?Kadang-kadang,kita tidak pernah menyangka,'dia' yang akan menerima penzahiran sayang kita.Kita tidak pernah menyedari bahawa sebelum ini,sebelum sayang itu kita zahirkan kepadanya dan dalam erti kata lain,kita tidak pernah mengenalinya sebelum ini,rupa-rupanya,seseorang itu adalah orang yang sama yang pernah berselisih dengan kita,mungkin pernah bertembung dengan kita di acara atau majlis yang sama,mungkin juga kita pernah tinggal di satu blok yang sama,atau ayah kita,ibu kita,keluarga kita misalnya pernah berbicara dengannya.Kita tidak tahu sejauh mana jodoh kita akan dibawa dan kita juga tidak tahu siapakah pemilik perasaan sayang kita.
Menzahirkannya terlalu awal dan kemudian berkata kita sudah menemui pemilik jiwa kita mungkin belum cukup konkrit untuk membuktikan bahawa dia jodoh kita kerana persoalan jodoh bukanlah terletak di tangan kita.Berkenalan dan berusaha menjalin ikatan jika dinilaikan dari sudut pemikiran yang positif adalah sesuatu yang normal.Kita ingin disayangi dan kita ingin menyayangi.Cuma,hakikat yang harus kita terima ialah perasaan sayang kita bukanlah sesuatu yang nyata,diberi pada manusia yang sama kerana mungkin suatu ketika,sayang yang kita lafaz itu akan hilang,dibawa debu kebencian.Dan mungkin juga sayang yang kita ikrarkan itu akan lenyap dan berpindah pada metafora yang lain pula.Inilah persoalan kehidupan.Sesuatu yang pelik tetapi realitinya menarik untuk disaksikan,dirasai dan kemudian diekspresikan kerana kita adalah jiwa yang hidup.Kita berhak merasa sayang,kemudian memberi sayang itu dan kemudian sayang itu mungkin dirampas.Tiada yang pasti mengenai segala sesuatu kerana semuanya bukanlah terletak di tangan kita.Tetapi manusia jangan pernah mengalah.Kita boleh merancang dan memang benar rancangan yang paling baik ialah rancangan Dia Yang Maha Kuasa,namun demikian,apabila kuasa merancang ada di tangan kita dan kuasa menentukan terletak pada-Nya.Gunakannya sebaik mungkin.Zahirkannya pada yang wajar dan lindunginya dari hilang dan diberi pada orang,insan,struktur,karakter atau metafora yang mungkin tidak layak untuk merasainya..
Sejenak..renungkanlah..
No comments:
Post a Comment