Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Friday, December 10, 2010

Manusia memang makhluk istimewa..clap clap..

Manusia ni makhluk yang istimewa.

Setuju jelah ye.Ni hakikat.Kenapa??Mesti kau suka baca.Percayalah.:)

1.Manusia ni istimewa.Kita punya trademark hebat kau.Ye tak?

Kita memang mempertahankan hak kita.

"Ish.hak aku kan??Mestilah aku pertahankan".Uishh..berapi-api ye kau bila cakap pasal hak kau.Habis hak yang cipta kau tu kau nak letak mana?Kita ney,makhluk yang bernama manusia memang tahu menghargai kan?Betul tak??Manusia ni kerap sangat dia nak 'bersyukur' bila dia dapat apa-apa.Betul tak?'Bersyukur sangat sampai semua kau salahkan Allah.Semua kau marahkan Allah.Ye??Cuba kau bayangkan.Bayangkan je,aku tak suruh rasa lagi.Bayang je.Cuba kalau Allah buat macam ni pada kita yang bernama manusia ini begini.Setiap kali kau tak solat,kau tak puasa,kau marah mak ayah kau,kau tinggalkan Al-Quran,kau kutuk orang,Allah turunkan hukuman serta-merta,agak-agak kau sanggup tak?Tahu tak kau yang di zaman Rasulullah dulu,zaman para Anbia dan orang-orang alim yang mempertahankan Islam dulu,Allah turunkan hukuman straight to the point.Takde tangguh tangguh tau.Kau derhaka,puuuh!Terus bertukar jadi 'makhluk' lain.Kau tak sembahyang,dush!Terus Allah tunjuk hukuman depan mata kau.Berterima kasihlah pada Rasulullah s.a.w. kerana disebabkan bagindalah kita tidak menerima hukuman kesilapan kita terus straight depan mata.Tapi aku tau..kita kan manusia..Istimewa kan??So..tak payah risau kan..

2.Manusia ni suka memburuk-burukkan generasi,keturunan,saudara sedarah daging dan kaum kerabat dia sendiri.Percaya atau tak,tengoklah zaman sekarang.Dari kes tak puas hati barang mainan,berebut-rebut,bergasak-gasak dua tiga beradik.Lepas tu,terus pada kes orang dewasa yang tak puas hati je,saman.Apa-apa je yang tak puas hati, "Jom,naik mahkamah!".
Amboi..manusia.Mudahnye kau ye.Kalau semua kes kau nak settle guna mahkamah,bila agaknya hakim-hakim,peguam-peguam dan yang sewaktu dengannya nak rehat ye sebab kena melayan kerenah kau yang tak pernah puas hati tu..
Pernah kau tengok rusa lepas bergaduh,pergi jumpa polis buat report polis sebab kena pukul?Pernah kau tengok beruk sebab berebutkan pisang,saman beruk lain?Ish..takpe.Aku tau.Kita kan manusia yang istimewa.Kita mesti advanced dari haiwan-haiwan..:)

3.Manusia ni suka perjatuh orang dia sendiri.Tengoklah zaman sekarang.Bangsa M perjatuh bangsa M.Ada pulak yang menyokong.Ada pulak yang setuju.Tak kurang yang membantah.
"Ok,dunia..We will see another demonstrasi ye lepas ney".
Bukan tu je,orang Islam sendiri perjatuh agama sendiri.Sanggup kau ye,gadaikan agama kau semata-mata untuk puaskan hati kau,kaum kerabat kau dan untuk lepaskan kau dari terikat dengan apa-apa masalah.Ish..lupa lagi.Kita hebat.Kita kan bagus.

4.Manusia ni selalu kata macam ni..
"Ish..perangai macam binatang.Tak berhati perut.Huh!"
bila diorang terserempak dengan kes-kes yang pada diorang sangat ganas dan kejam.Manusia,aku nak tanya ni.Pernah tak kau tengok binatang cakap macam ni dekat kaum kerabat dia dan sesama warga rimba?..

"Ish...buruknya perangai.Dah macam manusia"

Binatang pun tak kutuk kaum sendiri manusia ooi.Marah macam mana pun,diorang tetap baik lepas tu.Tak de kutuk-kutuk apa semua ni.Manusia je yang pandai bab ni,binatang semua tak de keistimewaan macam ni.Berbanggalah ye..:)
Yang paling menakjubkan,bila ada kes 'bapak spesies ikan haruan' makan anak sendiri yang merupakan makhluk ciptaan Allah bernama manusia.Terus kau label.
"Perangai macam hantu!Binatang!"
Ohh..manusia.Pernah tak kau dengar kes binatang buat macam tu dekat anak dia?Ok la..if ada pun,aku rasa kes terpencil sebab?Sebab binatang takde akal macam kita.Kita ada akal.Itu speciality kita paling utama.Akal.Untuk fikir what is right and what is wrong.Betul?
Memandangkan haiwan pun tak pernah buat macam tu,maka janganlah kau consideredkan manusia tu sama sifatnya dengan binatang.Aku rasa binatang lagi baik dari tu.At least kalau ibu kucing tengok anak dia kena 'ngorat' dengan bapak sendiri pun ibu kucing serang kan?Meoowww!!Marah dia."Anak I you jangan disturb disturb.Cakar kang!".

5. Manusia ni..ish ish ish.Memang cukup pakejlah.Diorang memang hargai alam sekitar betul.Tengoklah dekat tepi-tepi jalan..fuyooo...!Banyaknya sampah.Yang musykil lagi,tong sampah sebelah tu je.Tong sampah boleh kosong,sebelah dia bersepai beg kau humban kan?Mengaku ye.Ini hakikat.Yang lagi best,cuba kau baca apa dia tulis.
"Tempat pembuangan sampah"
Esok tu,waktu kau jalan-jalan,kau bukan setakat jumpa sampah,dia bagi pakej sekali pembuang-pembuang sampah ni.
"Tempat pembuangan bayi".
Baby pun kau jumpa ye dekat situ.Siap dengan pampers,surat cinta kasih sayang apa semua kau tulis ye dekat situ.Yang paling menarik lagi,boleh pulak kau letak dalam beg plastik ye?Cuba sini.Aku letak kau dalam beg plastik,agak-agak kau nak buat apa?
Sanggup kau kan?Anak kau buat macam sampah.Yelah..habis nak panggil apa lagi kalau kau dah buang dia di tempat pembuangan sampah?Manusia memang hebat kan?Kan2?Aku tabik spring betul..Kau macam tak kisah je nak buang manusia yang hidup,yang bernafas macam tu sesuka hati kau kan.Kau macam tak kisah je kalau budak tu menangis sorang-sorang,sejuk,kena gigit semut,kerengga segala bagai,duduk dalam gelap,sesak nafas segala macam,takde hal untuk kau kan?Eyh..terlupa pulak..Kau kan manusia hebat.Boleh buat macam tu.Takde hal punya.Bukan nyawa kau kan?
Bagi tepukan gemuruh untuk pemikiran kau yang paling bagus.
Binatang pun tak pernah buang anak.Cukuplah kau tengok kucing je.Beranak setahun berkali-kali.Sekali beranak,dahsyat.Bukan sekor kau,berekor-ekor dia delivered.Kembar segala jenis ada.Hitam belang apa semua.Ada dia buang anak dia?Gi letak dekat tempat pembuangan sampah kemudian tinggal note "Sila jaga anak I..yang benar,kucing tercinta"..
Ada?Pernah kau jumpa?Ok la..kau kata,kucing mana reti tulis.
Ha..pernah kau nampak dia bawak anak dia lepas tu letak dekat masjid then mengiau dekat situ suruh orang jaga anak dia?Pernah?
Kucing pun tau sayang anak dia.Buruk ke tak ke,ada kaki ke takde ke,dia jaga kau..!Dia tak tinggal anak dia buang barang hiasan dekat tong sampah.Dia tak buat macam tu.Yang buat,ney ha..manusia.Kita la.Golongan dan spesies bernama manusia.Jangan tunding jari.Manusia tu kita lah.Takkan alien yang turun dengan UFO kot??

7.Manusia punya keistimewaan lagi?Ish...kau jangan tak tau.Manusia ni kalau bab kreativiti.Fuh!Tak boleh lawan kau.Contoh dia mudah je.Rompak la.Senang sikit.Pernah kau jumpa kes dilaporkan..
"Penang,-Seekor kucing telah memecah masuk sebuah rumah dan merompak tuan rumah terbabit dengan menggunakan cakaran berbisa kemudian mengambil sepuluh ekor ikan yang disimpan di dalam peti ais..bla bla bla.."
Tak pernah kan?
Tapi pernah tak kau jumpa ayat macam ni..
"Penang,-Seorang perompak mati ditembak setelah cuba memasuki sebuah rumah di Jalan Taring Harimau,malam semalam.Perompak terbabit yang dikenali sebagai..bla bla bla..."
Tengok.Fuh!Manusia istimewa sungguh.Kerja-kerja macam ni memang kita expert kan?Tengoklah,siapa yang cipta bom,pistol,roket peluru berpandu apa semua?Harimau ke?Gajah ke?Tak...MANUSIA.
Lepas tu..sesenang je kau samakan manusia dengan binatang ye.Eyh..silap tu.Kau bukan sama taraf dengan binatang.Kau lebih hebat lagi.Sekali lagi,bagi tepukan gemuruh untuk diri sendiri.

Istimewa kan manusia??Kitalah makhluk ciptaan-Nya yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita miliki.Kitalah makhluk ciptaan-Nya yang tidak pernah sedar betapa banyak dosa kita pada-Nya tapi pada masa yang sama kita boleh commit the same mistake.Untuk apa?Sedangkan ciptaan-Nya yang lain begitu patuh pada-Nya,taat pada perintah-Nya dan kita..?Kita masih terleka.Kita masih boleh ketawa.Membangga diri.oH..Akulah makhluk ciptaan-Nya yang paling bagus,paling hebat.Binatang,batu,gunung-ganang,semua kalah...Eyh kau.Bukalah mata,pandang sekeliling.Belajar bersyukur,belajar sedar yang selama ni kita menumpang je di dunia ni.Kalau la mereka boleh cakap,gunung-ganang,bukit-bukau,mesti semua protes.Terseksanya hidup mereka kerana hadirnya kita,manusia yang selalu leka.
:)

No comments:

Post a Comment