Justice is the key of life..

Justice is the key of life..
BE FAIR GUYS :)

Friday, December 10, 2010

Jangan gaduh bila putus..tak comey!

   Aku bukanlah pakar bab hati dan perasaan neyh.Lebih-lebih lagi kalau melibatkan hubungan antara dua jantina ni.Tak biasa bak kata orang sebab susah nak kenal pasti hubungan orang ni.Setiap manusia kan berbeza.Tak sama.Tapi satu je kot yang mungkin sama.Banyak pasangan bila putus je saling mengutuk antara satu sama lain.Aduh..sedihnya bila fikir-fikir balik.Kenapa kena kutuk pasangan kita?Walau macam mana kita benci pun,tak perlulah sampai kutuk dia.Dulu masa kita kenal dia,kawan dengan dia,pandai pulak kita marah bila orang kutuk dia.

"Darling,you cakap dengan I.Siapa kutuk you?Berani ye dia..Nyamuk pun tak berani lalu dekat you tau,inikan pulak makhluk macam tu.Huh!"
   
   Lucu bila orang yang korang bela,korang kutuk balik.Tidakkah hati manusia itu senipis lapisan bawang?Bukankah hati manusia itu harus dijaga?Semarah mana kita,segeram mana kita dalam menerima hakikat perpisahan tu,janganlah bergaduh.Takde maknanya kalau nak bising-bising lepas korang dah tak ada apa-apa dengan pasangan korang.Korang hanya akan menjatuhkan darjat korang sama ada korang perempuan atau lelaki.Berkasihlah dengan baik dan kalau ditakdirkan tak berjodoh pun,putuslah dengan baik.Pengakhiran perhubungan korang bukan beerti korang takkan jumpa dia dah seumur hidup korang.Pergi balik,pergi balik,alih-alih,manusia tu jugak korang cari.Tak perlulah saling menyakitkan hati sesama korang,tak perlu merendah-rendahkan darjat kita semua,semua manusia sama.Hargai apa yang ada dan jangan mengutuk.Kasihan aku tengok bila korang saling mengutuk.Nampak macam sangat menyedihkan.Aku kecewa bila tengok apa yang jadi.Sebabnya pernah dulu masa saling kasih-mengasihi,sayang-menyayang,macam merpati,tak lekang berdua.Romantik macam takde siapa dah selain korang dua.Alih-alih,lepas putus,kau pandang utara,aku pandang selatan.Kalau dulu,makan sama-sama makanan favourite.Tak suka pun paksa diri,sekarang,bila lalu depan kedai makan tu,terus muncung mulut.Ha..muncunglah.Aku ikat jugak nanti.Merepek betul.Sampai macam tu sekali.
   Aku tak kata aku takkan buat apa yang telah aku lihat cuma aku harap agar perkara macam ni tak diteruskan.Tak perlulah saling menyakitkan hati orang yang kita sayang.Terima kekurangan yang terjadi dalam perhubungan korang sebagai satu hikmah tersembunyi yang hanya Allah sahaja tahu sebabnya mengapa korang tak ditakdirkan bersama.Terima dengan redha dan berbaliklah pada qada' dan qadar Allah kerana Dialah Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu.
:)

No comments:

Post a Comment